Selepas tiga tahun membuat keputusan untuk berhijab, pelakon Mawar Rashid membuat kejutan apabila berkongsi foto dalam keadaan tidak lagi menutup aurat.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelakon itu berkongsi dua keping foto dalam keadaan tidak berhijab dan menutup ruangan komen serta memohon maaf kepada orang ramai kerana telah kembali seperti dulu kala.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
https://www.instagram.com/p/CyMCMxHStrb/?utm_source=ig_embed&ig_rid=00459bcd-a74c-4a34-a7d6-637b28e19db1
Dalam pada itu, Mawar memaklumkan dia ingin berehat seketika dan akan kembali semula apabila dia sudah bersedia menerusi Instastory miliknya.
Terdahulu Mawar memaklumkan dirinya terbuka hati ingin menutup aurat sepenuhnya pada Ogos 2020 selepas mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan.
Malah, dia juga pernah memberitahu kepada peminat bahawa dirinya pilih untuk memakai tudung kerana takut suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob terpaksa tanggung dosa jika tidak menutup aurat dengan sempurna.