Di zaman serba canggih ini, pelbagai cara telah digunakan oleh peniaga untuk meningkatkan jualan harian. Ada yang menggunakan kuasa sosial media untuk memastikan bahawa barangan jualan mereka dijual bukan sahaja secara fizikal, tetapi juga dengan cara maya.

Melalui sebuah perkongsian video yang dibuat oleh seorang pengguna media sosial, Jalal Misai, beliau memuat naik satu video di mana seorang peniaga nasi lemak telah menggunakan cara menjual seperti baju bundle.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Caranya mudah, dia hanya perlu membuat siaran langsung di akaun TikTok, beritahu lokasi gerainya dan para pembeli akan menempah nasi lemak terus daripada siaran langsung tersebut.

Di dalam video tersebut, boleh dilihat bagaimana peniaga tersebut telah mengasingkan beberapa nasi lemak yang ditempah oleh pembeli melalui siaran langsung tersebut, “Saya dah lock nasi akak,” katanya.

Video tersebut telah mendapat lebih 200,000 tontonan dengan pelbagai komen. Kebanyakan netizen memuji cara beliau berniaga kerana bagi mereka ia adalah cara yang kreatif serta masih belum dilakukan penjual nasi lemak.