Takeo Takashi, paderi berusia 200 tahun dan ketua sebuah kuil Shinto di Prefektur Chiba, tidak jauh dari ibu negara Jepun, Tokyo terkejut apabila salah seorang pengunjung memberitahunya mengenai satu penemuan aneh di salah satu pokok suci. Penemuan itu adalah sebuah anak patung jerami dengan potret wajah Presiden Rusia, Vladimir Putin tertanam di dalam batangnya.

Anak patung itu tergantung di salah sebuah pokok dengan paku dan benang merah. Manakala di dalam anak patung itu terdapat sekeping kertas yang mengandungi nama penuh Putin, tarikh lahir, dan kutukan bertulis, “Saya berdoa agar tokoh jahat ini dapat dihapuskan.” Difahamkan bahawa anak patung jerami dengan muka Putin di bahagian kepala di buat dengan tujuan untuk santau pemimpin yang bertanggungjawab ke atas perang yang berlaku di antara Rusia dan Ukraine.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di kota Matsudo, yang mempunyai populasi kurang daripada 500,000 orang, beberapa kuil dilaporkan menjumpai beberapa anak patung jerami yang dituju kepada beberapa orang. Aktiviti menyihir ini telah meningkat secara drastik sejak Mei 2022 dan difahamkan bahawa 10 anak patung Putin sudah ditemui di sana.

“Semasa saya kecil, saya melihat anak patung sumpahan tersangkut di pokok berhampiran kuil beberapa kali. Tetapi kutukan terhadap Putin sering dilaporkan, sasarannya terlalu spesifik, dan saya tidak pernah mengalaminya sebelum ini,” kata Katsuaki Nose, Timbalan Ketua Polis Matsudo, kepada VICE World News.

Sentimen ke atas Putin di Jepun mula meningkat sejak Rusia menyerang Ukraine. Menurut tinjauan pendapat April 2022 yang dijalankan oleh akhbar Asahi Shimbun, 73.7 peratus responden di Jepun menyokong sekatan ekonomi terhadap Rusia kerana menyerang Ukraine. Manakala 88 peratus responden berpendapat Rusia melakukan jenayah perang.

Takahashi berkata beliau faham mengapa sesetengah penganut Shinto marah terhadap Putin dan mengutuk presiden Rusia tersebut. Namun apa yang dikesalkan olehnya adalah mengapa anak patung itu diletakkan di sebatang pokok dianggap sangat penting untuk pemujaan agama Shinto, salah satu agama tradisional Jepun.

“Dalam ajaran kita, pokok suci adalah tempat tinggal roh ghaib. Sebab itu pokok-pokok itu dilindungi,” katanya kepada VICE World News. Memasukkan paku ke dalam batang, menurut Takahashi, boleh merosakkan pokok, malah boleh mereputkan akarnya. Lebih-lebih lagi jika niat mengutuk, maka tenaga negatif itu boleh merosakkan pokok keramat.

“Jika pokok itu mati, maka dalam ajaran Shinto kesejahteraan kampung yang dinaungi roh juga boleh terganggu,” katanya.

Lihat bagaimana 30 bomoh di Indonesia serang Israel guna sihir dan roket ghaib. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Lihat Bagaimana 30 Bomoh Di Indonesia Serang Israel Guna Sihir Dan Roket Ghaib