Sejak Sabtu lalu, bencana banjir telah berlaku di sekitar Lembah Klang dan beberapa negeri lain. Malah, kita turut dikejutkan dengan berita mangsa banjir pecah masuk kedai serbaneka untuk mendapatkan bekalan makanan.

Cawangan Mydin di Taman Sri Muda Shah Alam antara kedai serbaneka yang dipecah masuk. Menyedari hal tersebut, pihak Mydin dalam satu kenyataan mengatakan menghalalkan barangan keperluan yang diambil oleh mangsa banjir tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi kenyataan rasmi tersebut, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin yang merupakan pengarah urusan Mydin tidak menyokong tindakan tersebut tetapi disebabkan keadaan darurat mungkin menyebabkan mereka bertindak seperti itu.

Tambahnya, dirinya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat untuk meneruskan kelangsungan hidup kerana bantuan yang lambat tiba dan bukannya dengan niat sebaliknya.

Semalam, pihak Mydin turut menghantar 5 tan lori berisi biskut untuk para mangsa banjir di kawasan Taman Sri Muda.

Bagi anda yang terlepas keadaan terkini banjir, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut. 

Lapar Dan Mahu ‘Survive’, Mangsa Banjir Di Taman Sri Muda Terpaksa Pecah Masuk Kedai Serbaneka

Terperangkap Dan Mahu Tingkatkan Capaian Bantuan, Netizen Lancarkan #DaruratBanjir Di Twitter

Angkatan Tentera Malaysia Turun Bantu Mangsa Banjir Tanpa ‘Restu’ Pihak Atasan