Pelawaan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengadakan pertemuan empat mata dengan aktivis politik dan artis satira, Fahmi Reza nampaknya tidak menjadi kenyataan apabila Fahmi menolak untuk berjumpa dengan Tunku Ismail.

Sebelum ini, Fahmi Reza ada memuat naik satu grafik yang menunjukkan perbezaan di antara Tunku Ismail dengan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dalam menerima satira politik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas itu, Tunku Ismail memuat naik satu hantaran di laman Twitter miliknya yang mengandungi mesej permohonan maaf yang dihantar kepada Fahmi kerana menyekat beliau di laman Twitter dan berharap untuk berjumpa secara empat mata dengan Fahmi.

“Sorry. Harap kita dapat jumpa. Saya suka jumpa anti monarch ni semua. Interesting. Tanya @Marina_Ibrahims,” kata Tunku Ismail mempelawa Fahmi Reza dalam ciapannya di laman Twitter semalam.

Bagaimanapun, pelawaan Tunku Ismail ini ditolak oleh Fahmi Reza dengan alasan bahawa dia tidak mahu berjumpa dengan kumpulan elit politik atau pun mereka yang datang dari kelas pemerintah, kerana tidak mahu dilihat bias atau rapat dengan mana-mana pihak.

“Saya lebih senang kakal sebagai seorang aktivis yang independen. Harap kamu faham kenapa saya tolak jemputan kamu. Kalau kita berjumpa, macai-macam akan label saya ‘baru TMJ’ lah pulak nanti,” kata Fahmi membalas mesej pelawaan yang dihantar oleh Tunku Ismail.

Perbualan di antara Fahmi dan Tunku Ismail mendapat pelbagai reaksi pengguna maya. Sebahagian orang menyatakan bahawa Fahmi bersikap kurang ajar kepada Tunku Ismail, manakala yang lain pula memuji sikap Tunku yang tenang.

Sebelum ini, Tengku Hassanal turut menunjukkan sikap terbuka dalam menerima kritikan apabila menyatakan minat terhadap karya grafik Fahmi Reza. Dalam hantaran terbaharunya di laman Instagram, Tengku Hassanal turut meminta orang ramai tidak membuat laporan polis terhadap Fahmi Reza.

“Tak perlu lapor polis. Saya sebenarnya suka grafik itu,” tulisnya.

Dalam karya terbaharu Fahmi, dengan berlatar belakang warna kuning, ia menunjukkan seorang pemuda bertengkolok melakukan tekan tubi dengan kata-kata “Push-up 4 tasik chini” yang merujuk kepada kempen media “cabaran tekan tubi untuk alam sekitar” tahun lalu, yang baginda sendiri muat naik di laman sosial miliknya.

Satira Fahmi ini hadir apabila Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) berkata Tasik Chini – tasik kedua terbesar di Malaysia – tidak lagi memenuhi kriteria sebagai rizab biosfera.

Pemangku Raja Pahang suka grafik Fahmi Reza, minta ‘kaki report’ jangan buat laporan polis. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Pemangku Raja Pahang Suka Grafik Fahmi Reza, Minta ‘Kaki Report’ Jangan Buat Laporan Polis

Projek Forest City Johor Gagal? Ini Jawapan Tunku Mahkota Johor