Anton Ivanov adalah seorang jutawan luar biasa yang memperolehi kekayaan melalui cara old-fashioned. Kejayaannya itu membuatkan kita sedar bahawa kita juga mampu menjadi jutawan sekiranya tahu pengurusan kewangan dan nilai wang.

Orang sering tidak percaya apabila dapati dia jutawan sebelum usia 27 tahun. Ramai orang fikir dia menang loteri, atau menang kes saman di mahkamah, atau mewarisi kekayaan keluarga.

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

Realitinya, Anton Ivanov adalah seorang lelaki biasa yang bertindak dan berfikir luar biasa hingga menjadi seorang jutawan. Kini, dia berkongsi tip-tip membina kekayaan di blognya, Financessful.com

YpE9WzMt

Ini rahsia Anton Ivanov.

Saya jadi jutawan sebelum hari jadi saya yang ke-27. Habit dan prinsip saya yang menjadikan saya kaya.

Saya dilahirkan di Moscow, Rusia pada tahun 1987. Saya tinggal bersama keluarga di Rusia hingga saya berusia 15 tahun.

Semasa kami berpindah ke San Diego, California, saya melihat ramai orang kaya di situ. Ini membangkitkan keinginan saya untuk jadi seperti mereka.

Keluarga saya dari golongan kelas pertengahan. Jadi saya tidak fikir ibubapa saya bagus dengan kewangan. Mereka selalu penat apabila pulang ke rumah selepas waktu bekerja tamat.

Itu membuatkan saya nekad untuk tidak mahu menjalani kehidupan yang sama dilalui oleh ibu bapa saya. Saya tidak mahu menjadi hamba kerja 9 pagi hingga pukul 5 petang setiap hari.

anton16_330_1a5ink5-1a5inkc

Semasa di sekolah menengah ketika berusia 16-17 tahun, saya mula bekerja sambilan di San Diego dengan gaji minima. Dan itulah permulaan saya mula menyimpan duit.

Saya tamat sekolah menengah pada usia 18 tahun. Saya mula fokus mencari wang dan permulaan membina portfolio pelaburan saya dengan membuka akaun Roth IRA (Individual Retirement Arrangement) iaitu pelan simpanan persaraan tanpa dikenakan cukai di bawah undang-undang Amerika.

b15924b0-6453-11e4-b55f-99c34d9e264f_Nagasaki-Japan-2011

Semua wang yang dikumpul disimpan di dalam akaun tersebut. Dan pada usia 19 tahun, saya memaksimakan contribution dalam akaun Roth IRA.

Baca sini tentang Roth IRA

10653582_867966546547597_957527050238888868_n

Pada usia 20 tahun, saya memutuskan untuk menyertai Navy kerana kebaikan dari segi kewangan. Saya memilih Jepun kerana saya akan menerima banyak elaun dan bonus kerana ditempatkan disana.

Perbelanjaan saya disana juga begitu sangat rendah. Saya tinggal di perumahan kerajaan, kebanyakan masa saya makan di atas kapal. Rutin ini membolehkan saya menyimpan hingga 60% dari gaji yang diterima dan semua itu akan dimasukkan ke dalam akaun pelaburan saya.

Pada waktu itu juga saya mula meminati pelaburan hartanah dan mahu pelbagaikan bentuk pelaburan. Ia mengambil masa beberapa tahun saya menyimpan duit untuk membeli hartanah pertama saya di San Diego ketika berusia 22 tahun.

Hartanah kedua saya ialah jenis duplex apartment iaitu 2 apartment di dalam satu bangunan yang saya beli di awal tahun 2014 ini di usia 26 tahun.

safe_image

Habit nombor 1 saya ialah frugal lifestyle iaitu gaya hidup berhemat (jimat).

Sentiasa memulakan pelaburan seawal mungkin. Tiada nombor ajaib atau hari ajaib atau masa ajaib untuk menentukan masa pelaburan yang sempurna. Sebenarnya masa itu adalah sekarang.

Saya tahu apa yang saya mahu, saya cari apa yang saya perlu lakukan, dan saya track progress saya setiap hari, minggu, bulan dan juga tahun.

– Transcribe oleh Editor The Vocket dari video Yahoo! Finance.

Sambungan kisah Anton Ivanov: 20 Pengajaran dan 5 Prinsip Membina Kekayaan Gaya Jutawan Muda Anton Ivanov

Sumber: Yahoo! Finance

LIKE The Vocket di Facebook

Anda Mungkin Suka