Pelakon, Puteri Sarah Liyana akhirnya memfailkan penceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Puteri Sarah kelihatan memakai pakaian serba hitam semasa berada di mahkamah ditemani adik lelaki dan perempuan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Foto / Utusan Malaysia

Sejurus tiba di pekarangan kompleks mahkamah, dia diserbu oleh kumpulan media yang menunggu kehadirannya bagi liputan kes penceraiannya. Pihak media juga sempat menanyakan beberapa soalan sebelum dia masuk ke dalam mahkamah.

Puteri Sarah menyatakan bersemangat kerana adik beradiknya bersamanya dan kelihatan sangat tenang. Dia turut berpesan untuk mendoakan urusannya di mahkamah.

Untuk makluman, Syamsul menggemparkan peminatnya apabila membuat pengakuan melalui video dirinya sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa mentuanya,  Kazar Saisi.