“Orang melayu boleh buatlah, orang melayu tak lekeh. Jangan hina orang melayu, pandangan kolot sahaja yang mengatakan orang melayu ini tak boleh buat. Di situ saya sedihlah, bila orang cakap melayu tak boleh buat. Saya bab melayu ini, bila orang sebut melayu tak boleh, saya sedih,” luah Saiful Yazan, seorang bekas pesakit kanser dan pengusaha Malaya Char Koew Teow.

Dalam satu temubualnya bersama Destinasi TV yang dimuat naik pada 27 Oktober 2020, dia menceritakan kisah susah payahnya berjuang untuk hidup daripada seorang tentera sehinggalah menjadi peniaga yang berjaya.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Mula berniaga sekitar 2001, dia yang minat memasak dari zaman sekolah lagi  telah melalui banyak pengalaman. Daripada jualan yang tidak laku, sehinggalah dia mendapat untung menjual sekitar 40 pinggan Char Koew Teow dalam satu hari.

Kisah Saiful Yazan, seorang CANCER SURVIVOR mengusahakan MALAYA CHAR KOEW TEOW selama 20 tahun.Download aplikasi…

Posted by Destinasi TV on Tuesday, October 27, 2020

Tetapi usaha itu tidak akan berjaya tanpa bantuan dan tunjuk ajar dari kawan-kawannya. Dia yang berasal daripada Kedah mengakui bahawa telah mendapat tunjuk ajar dari tiga kawan yang berbeza tentang cara-cara untuk membuat kicap atau sos Char Keow Teow. Dia juga meminta pendapat daripada orang terdekat mengenai kualiti masakannya.

Apalah ertinya kejayaan tanpa ujian, setelah diuji kewangan, Saiful diuji pula dengan kanser hidung tahap dua pada 2013. Dia terpaksa berehat daripada segala aktiviti perniagaan selama dua tahun setengah. Namun rezeki tidak selalu salah tempat, apabila kesihatannya sudah pulih, dia berjaya membangunkan kembali perniagaannya.

Kunci kepada kejayaan ini kata Saiful adalah restu daripada ibunya yang sentiasa membuka ruang kepadanya untuk berjaya. Disebabkan itu, perniagaan yang dibina sejak 2001 mampu bertahan sehingga sekarang. Ikuti kisah kejayaan Saiful Yazan dengan menonton temubualnya bersama Destinasi TV.

Terdahulu, seorang lelaki berkongsi kisah cabaran dan halangan dalam membina perniagaannya sendiri. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lelaki Ini Kongsi Kisah Cabaran Dan Halangan Dalam Membina Perniagaan Sendiri

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19

 

Anda Mungkin Suka