“Saya perlu kuat kerana saya isteri Komander, ketua angkatan kapal,” kata Winny Widayanti, isteri Komander KRI Nanggala-402, Kolonel Laut Harry Setyawan kepada pemberita dalam suasana yang penuh suram dan bungkam. Tambah dia lagi, “Jika tugas Harry adalah menjaga anak buahnya, tugas saya sebagai isteri adalah menenangkan isteri dan keluarga mereka,” katanya tenang dan penuh emosi. 

Harry adalah salah seorang daripada 53 anak kapal Nanggala-402 yang hilang dan tenggelam di perairan Bali sejak Rabu lalu. Dalam laporan Kompas, Panglima TNI, Hadi Tjahjanto menyatakan terdapat juga penemuan serpihan dan barangan dipercayai komponen kapal selam itu seperti bekas pelaras torpedo, paip pendingin, botol berwarna jingga dan sejadah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
INDONESIA-MILITARY-SUBMARINE
Winny Widayanti (Tengah) – Rayi Gigih/AFP/AlJazeera

Tenggelamnya Nanggala-402 adalah tragedi yang mahu dielak dalam suasana dunia dengan penuh wabak. Namun nasib tidak bersikap memilih-milih, kesemua mangsa Nanggala-402 dilaporkan meninggal dunia pada kedalaman 838 meter. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Suara, kisah Winny telah mengundang rasa sebak pemberita yang berkunjung ke rumahnya.

Dia sedar bahawa harapannya nipis untuk melihat kembalinya si suami. Namun dia juga perlu kuat bersama-sama dengan mangsa Nanggala-402 yang lain. Dia difahamkan sempat berkunjung ke rumah beberapa anggota Nanggala-402 di Jawa Timur dan berkongsi semangat dengan nasib pedih yang menimpa mereka. Seperti dia, mereka juga menanti setiap perkhabaran terbaharu mengenai insiden terbabit.

Winny turut memberitahu pemberita bahawa dia tidak pernah putus-putus menghantar mesej pesanan ringkas ke nombor Harry bagi memberi perkembangan terkini di rumah. Dia sedar bahawa keadaan tipis, tetapi di saat genting begini, harapan adalah semangat untuk dia terus kuat.

Sejak Rabu lalu, kapal selam itu terputus hubungan ketika dalam misi latihan penembakan torpedo di perairan Bali. Usaha mencari telah berlaku sejak awal pagi Rabu sehinggalah Nanggara-402 diumumkan tenggelam pada hari Sabtu selepas kehabisan oksigen. Pada hari Ahad, TNI memberitahu bahawa mereka berjaya menjejaki Nanggara-402. Difahamkan kapal selam dengan 53 kru itu telah terbelah kepada tiga bahagian dan semua anak kapalnya dilaporkan telah meningga dunia.

1200px-Indonesian_submarine_KRI_Nanggala_(402)_underway_in_August_2015
Utusan

“Saya mengucapkan takziah kepada semua keluarga tentera yang terkorban,” kata Hadi Tjahjanto seperti dilaporkan oleh Wall Street Journal. Sejak itu,  bukan sahaja Winny, malah seluruh dunia turut berduka dan mendoakan selamat jalan kepada semua mangsa tenggelamannya Nanggara-402.

Berikut merupakan senarai nama anak kapal tersebut:

1. Heri Oktavian – Letkol Laut (P) -Komandan KRI Nanggala-402
2. Eko Firmanto – Mayor Laut (P)
3. Wisnu Subiyantoro – Mayor Laut (T)
4. Yohanes Heri – Kapten Laut (E)
5. I Gede Kartika – Kapten Laut (P)
6. Muhadi – Lettu Laut (P)
7. Ady Sonata – Lettu Laut (P)
8. Imam Adi – Lettu Laut (P)
9. Anang Sutriatno – Lettu Laut (T)
10. Adhi Laksmono – Letda Laut (E)
11. Munawir – Letda Laut (P)
12. Rhesa Tri – Letda Laut (T)
13. Rintoni – Letda Laut (T)
14. M Susanto – Letda Laut (P)
15. Ruswanto – Serka Bah
16. Yoto Eki Setiawan – Sertu Bah
17. Ardi Ardiansyah – Sertu Ttu
18. Achmad Faisal – Sertu Kom
19. Willy Ridwan Santoso – Sertu Kom
20. M Rusdiyansyah – Sertu Eko
21. Ryan Yogie Pratama – Sertu Eki
22. Dedi Hari Susilo – Sertu Mes
23. Bambang Priyanto – Serda Bah
24. Purwanto – Serda Kom
25. Eko Prasetiyo – Serda Kom
26. Harmanto – Serda Ttu
27. Lutfi Anang – Serda Ttu
28. Dwi Nugroho – Serda Atf
29. Pandu Yudha Kusuma – Serda Ede
30. Misnari – Serda Eta
31. Setyo Wawan – Serda Saa
32. Hendro Purwoto – Serda Lis
33. Guntur Ari Prasetyo – Serda Mes
34. Diyut Subandriyo – Serda Lis
35. Wawan Hermanto – Serda Lis
36. Syahwi Mapala – Serda Lis
37. Wahyu Adiyas – Serda Lis
38. Edi Wibowo – Serda Lis
39. Kharisma D.B – Kopda Eta
40. Nugroho Putranto – Kopda Tlg
41. Khoirul Faizin – Kopda Mes
42. Maryono – Kopda Trb
43. Roni Effendi – Klk Eta
44. Distriyan Andy P – KLK Eta
45. Raditaka Margiansyah – KLS Isy
46. Gunadi Fajar R – KLS Isy
47. Denny Richi Sambudi – KLS Nav
48. Muh Faqihudin Munir – KLS Mes
49. Edy Siswanto – KLS Nav Non ABK
50. Harry Setyawan – Kolonel Laut (P) – Dansatsel
51. Irfan Suri – Letkol Laut (E)
52. Whilly – Mayor Laut (E)
53. Suheri – PNS

Kepingan kapal ditemui, KRI-Nanggala 402 disahkan tenggelam pada kedalaman 850 meter. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kepingan Kapal Ditemui, KRI-Nanggala 402 Disahkan Tenggelam Pada Kedalaman 850 Meter

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Kehilangan Kapal Selam Indonesia Yang Membawa 53 Nyawa

Lagu ‘Sampai Jumpa’ Jadi Pesanan Terakhir Kru Kapal Selam KRI Nanggala 402