Seorang pengguna jalan dalam di sekitar Janda Baik menghadapi detik-detik cemas apabila nyaris bertembung dengan sebuah Toyota Hilux yang gagal memotong barisan.

Menurut pemilik asal video tersebut, Sheran Bin Tahir, kejadian tersebut berlaku pada 28 Jun baru-baru ini telah menyebabkan dia terpaksa membuat brek mengejut untuk mengelakkan pertembungan sehingga anak kecilnya jatuh tersungkur ke bawah dari tempat duduk penumpang belakang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semasa berselisih dengan pemandu Hilux itu, dia ada menegur perbuatan pemandu terbabit. Bagaimanapun, pemandu itu seperti mahu menegakkan benang yang basah dengan memberikan alasan tidak munasabah.

“Saya sudah beam lori nak potong tadi. Ingatkan lori nak bagi laluan,” kata pemandu Hilux itu kepada Sheran.

Perkongsian video itu telah membuatkan ramai netizen berasa bengang, lebih-lebih lagi selepas mendengar sendiri jawapan ‘tak masuk akal’ yang diberikan oleh pemandu Hilux terbabit.

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia

Netizen meminta pemilik rakaman dashcam ini untuk membuat laporan polis kerana pemandu Hilux itu telah melakukan kesalahan-kesalahan pada waktu yang sama.

Sudahlah memotong barisan pada garisan berkembar dan memandu secara melulu sehingga boleh mengugat keselamatan pengguna jalan raya lain, siap beri alasan tidak munasabah pula untuk lepaskan diri sendiri.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Seorang pemandu Hilux sanggup turun dari keretanya semata-mata mahu tunding jari kepada orang lain terhadap kesalahan yang telah dibuatnya. Tonton video penuh melalui pautan di bawah.

Pemandu Hilux Bertegas Dirinya Betul Walaupun Jelas Tukar Laluan Saat Akhir

‘Abang Kopiah Hitam’ Dikecam Cuba Cetus Pergaduhan Selepas Gagal Potong Barisan

Enggan Bersabar Semasa Kesesakan, Pemandu X70 Dikecam Guna Lorong Susur Keluar Untuk Potong Barisan

Sumber