Baru-baru ini, nama isteri Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menjadi bualan ramai apabila memuat naik gambar tidak berhijab dan ada yang beranggapan bahawa hubungan rumah tangga mereka sedang bergolak.
Akan tetapi, spekulasi pergolakan rumah tangga itu telah ditepis apabila mereka memuat naik gambar raya bersama. Susulan penampilan baharu isterinya, Haqiem Rusli tampil menjawab isu terbabit dalam satu laporan.
Baca Juga:
- Berani βPecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- βIbu Lebih Percayakan Scammerβ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
Menurut Haqiem, dia sudah berusaha menjadi suami yang baik sepanjang dua tahun perkahwinan mereka dan tidak mahu komen lebih tentang isu isteri tanggalkan hijab sebab ia berkaitan kehidupan peribadi.
Tambahnya, perbuatan Anis menanggalkan hijab adalah satu ujian dalam rumah tangga namun dia sebagai suami tidak akan berhenti mendidik.
“Tidak kisahlah apa βassumptionβ (andaian) atau siapa yang nak reka cerita kerana hubungan saya dengan isteri baik saja.” ujar Haqiem.
Sekadar makluman, Haqiem telah berkahwin dengan Anis pada 19 November 2021 dan majlis perkahwinan mereka pernah menjadi topik hangat apabila nilai keseluruhan kedua-dua mempelai dianggarkan mencecah angka lebih RM7 juta.