Akhir-akhir ini saya mengaku yang terlalu banyak perkara yang berlaku dan membuatkan diri saya kurang semangat. Dari tugasan harian hingga ke perkara-perkara yang saya suka lakukan mendapat kesan.

Saya juga risau jika orang sekeliling saya juga terkesan. Saya mula rasa seperti tidak enjoy dengan apa yang saya lakukan selama ini. Ada yang mengatakan ini adalah depression.

Saya risau dan saya perlu lakukan sesuatu. Saya perlu refresh. Saya mahu kembali bersemangat dalam apa jua yang saya lakukan. Saya nak back on track!

Setiap hari saya akan baca artikel-artikel yang positif supaya saya dapat tune kembali pemikiran saya. Saya cuba untuk elak dari berfikir hal-hal yang negatif.

Saya ambil kesempatan untuk ke Pulau Pinang untuk urusan kerja dan pada masa yang sama saya dapat pulang ke kampung orang tua saya. Saya nak guna peluang ini untuk rehatkan diri dan minda. Saya mahu keluar dari rutin seharian saya.

Di kampung, saya banyak menghabiskan masa membaca. Baca artikel, journal atau buku non fiction. Saya dapat satu ilham untuk buatkan diri rasa senang hati.

Mudah sahaja dalam 3 saat. Contohnya kita selalu dapat rasakan nikmat yang mudah. Contohnya, bila berpeluh, kita capai kertas dan mula mengipas, angin yang buatkan diri rasa sejuk itu adalah nikmat.

123

Nikmat yang sebentar inilah harus kita syukuri. Ucap alhamdulillah dan hati akan rasa senang. Saya mencuba lagi, kita akan secara automatik capai air bila kita rasa seperti hendak minum.

Kelegaan apabila air melalui tekak kita itu adalah nikmat yang sebentar. Ucap alhamdulillah dan secara tidak sedar saya akan tersenyum. Dapat drive jumpa dengan mak ayah, terus ucap alhamdulillah.

Duduk drive dalam kereta, rasa selesa kerana enjin lancar, terus ucap alhamdulillah. Kereta dapat maintain 110km/h di highway, terus ucap alhamdulillah.

Semua ini nikmat yang kita tidak sedar. Nikmat yang diberikanNya yang kita selalu terlepas pandang.

Ucapan alhamdulillah untuk nikmat yang singkat ini melatih diri saya untuk bersyukur. Walau dalam keadaaan stress, atau tegang, bila dipraktikkannya, diri akan rasa senang hati.

Bila banyak kali lakukan, rasa senang hati akan mula bersulam dengan rasa sebak, kerana kita dapat rasakan yang Allah masih sayangkan kita.

Semua orang boleh latih, senaman syukur 3 saat ini. Hanya dengan 3 langkah. Rasa, nikmat dan ucap.

Setiap nikmat yang dirasakan ini kita cepat-cepat ucap alhamdulillah. Nikmat yang diberikan olehNya. Walaupun nampak mudah, tetapi sebenarnya terapi mudah untuk mencapai ketenangan jiwa, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia

Baca lagi: 8 Tabiat Ini Buat Anda Kelihatan Lebih Cepat Tua