Sudah semestinya anda perasan kewujudan jurubahasa wanita ketika menonton berita di kaca TV saluran RTM. Penuh dengan perasaan ketika menyampaikan berita dengan bahasa isyarat, Tan Lee Bee sentiasa menjadi perhatian netizen.

Pasti ramai yang menyangka bahawa Tan Lee Bee merupakan orang kurang upaya (OKU) kerana menyampaikan berita menggunakan bahasa isyarat. Menyangkal dakwaan netizen apabila sebuah video yang memaparkan Tan Lee Bee berbicara tular di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@zam1075

Reply to @miss_aien00 🤭🤭

♬ original sound – zam1075 – zam1075

Menerusi video TikTok tersebut, Tan Lee Bee mengatakan ramai yang menyangka dirinya pekak dan bisu tetapi sebenarnya beliau tidak pekak dan boleh bercakap. Hal ini mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut.

Menjengah ke ruangan komen, para netizen cukup kagum kerana Tan Lee Bee sering menggunakan bahasa isyarat dengan sangat cekap serta penuh perasaan. Malah, segelintir netizen turut mengatakan berasa ‘tertipu’ kerana menganggap Tan Lee Bee seorang OKU.

photo_2021-08-08_20-27-42

photo_2021-08-08_20-27-53

photo_2021-08-08_20-27-57

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga memuji Tan Lee Bee yang memiliki bakat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kerjanya. Adakah anda juga baru tahu bahawa beliau sebenarnya boleh bercakap?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Sudah Boleh Makan Di Restoran, Netizen Cemburu Orang Perlis ‘Flex’ Di Media Sosial

Jual Sejadah Doa Makbul, DSV Kecewa Dituduh Tunggang Agama Untuk ‘Marketing’

Pernah Menjadi Lokasi Tumpuan Di Kedah, Netizen Sayu Lihat Keadaan Terkini Pacific Star Parade