Pelakon jelita, Wanna Ali baru-baru ini mendedahkan ciri-ciri suami idamannya iaitu seorang lelaki yang boleh memberikan kesenangan hidupnya kerana sudah terbiasa dengan kehidupan yang selesa.

Menurut sumber, Wanna Ali atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali mengatakan kriteria ditetapkan itu perlu ada pada lelaki yang ingin mendekatinya apatah lagi dia juga kini berusaha untuk memajukan dirinya demi masa depan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tambahnya lagi, kriteria yang lain haruslah dapat membimbing dirinya di dunia dan akhirat kerana ibu bapanya pasti mahukan menantu yang soleh,m serta kewangan yang stabil untuk menjaganya dengan lebih baik.

Pelakon yang berusia 24 tahun itu berkata ciri-ciri tersebut adalah standard pada masa sekarang kerana dia tidak akan biarkan untuk hidup susah dengan pasangannya di kemudian hari.

Malah, dia mengatakan dia mampu untuk menyara dirinya sendiri tetapi dalam pada itu, dia mempunyai hak untuk memilih lelaki ‘high maintenance’ untuk menyara sepanjang hayatnya.

“Saya sudah biasa berdikari sejak tamat sekolah lagi dan saya perlu pastikan pasangan saya wajib memberi keselesaan hidup pada saya,” ujarnya.

“Sewaktu habis sekolah dan berada di universiti pun, saya bekerja sendiri cari duit. Ibu cuma bagi duit tuisyen dan belanja yang lain-lain, saya tanggung sendiri,” tambahnya lagi.

Baginya, dia perlu mendapatkan pasangan yang boleh berikan apa yang dia boleh berikan kepada dirinya sendiri. Sekadar info, Wanna Ali merupakan anak kepada penerbit filem Pencil Pictures And Pictures, Datuk Ayu Puteh.