Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa menarik perhatian ramai selepas pengacara, Nabil Ahmad ‘mengajuk’ penggunaan bahasa Inggerisnya semasa menjadi juri jemputan di konsert Gegar Vaganza 9 (GV9) Ahad lalu.

Menurut laporan, Raisa menjelaskan bahawa dia berasa bimbang orang ramai tidak faham ‘celotehnya’ dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Indonesia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam pada itu, dia takut untuk menggunakan bahasa Indonesia kerana perbezaan makna, kurang tepat dan disalah erti. Oleh sebab itu, dia merasa lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Indonesia.

Penyanyi lagu Usai Di Sini turut memaklumkan dia tidak sama sekali terasa atau mengambil serius dengan usikan Nabil Ahmad yang bercakap dalam bahasa Inggeris semasa memberi komen kepada penyanyi GV9, Hazrul Nizam.

Sementara itu, Raisa memohon agar kesemua netizen di media sosial berhenti menghentam dan mengecam Nabil kerana usikan tersebut.

“Keesokan hari, saya ada jumpa Nabil di radio Era FM, tapi saya sendiri tak ingat apa yang terjadi sebab Nabil cakap terlalu cepat. Tolong jangan marah Nabil, kesian dia,” ujar Raisa.

Selain itu, Raisa turut menganggap gurauan Nabil itu boleh membuatnya lebih selesa.

Nabil sebelum ini mendapat perhatian kerana ‘membahan’ Raisa yang mengulas dalam bahasa Inggeris semasa menjadi juri jemputan GV9 sehingga menimbulkan kemarahan netizen kerana perlakuan Nabil disifatkan tidak beradab.

Dalam pada itu, Raisa berkata, dia amat teruja dengan konsert pertamanya yang akan diadakan buat pertama kali di Kuala Lumpur pada bulan November nanti.

“Ini pertama kali konsert di Kuala lumpur saya teruja datang sini. Tapi keluarga pernah duduk sini dan saya sempat jalan-jalan sini. Tapi itu kali 7 tahun lepas,” katanya.

“Saya sebelum ini pernah di Penang dan Kota kinabalu tapi untuk ke Kuala Lumpur masih belum pernah.