Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

‘Sayap’ atau cape Superman yang pernah dipakai oleh pelakon lagenda Christopher Reeve dalam filem pertama adiwira itu telah berjaya dijual pada tanda harga USD 193,750 (~RM802,221) pada hari Isnin yang lalu.

Ianya telah dijual pada lelongan Julien di Los Angeles yang turut memperlihatkan lebih kurang 400 barang cinephile pada hari tersebut.

Sumber: CGTN

Untuk makluman semua, hanya enam sahaja ‘sayap’ Superman  yang digunakan ketika pengambaran filem itu yang dikeluarkan pada tahun 1978.

Selain sayap Superman, beberapa kostum dari filem Star Trek juga turut menemui pembelinya. Kostum tersebut termasuklah seragam yang dipakai oleh Patrick Stewart untuk peranannya sebagai Kapten Jean-Luc Picard, yang dijual pada tanda harga USD 28,800 (~RM119,670.76).

Terdahulu, Kacamata yang pernah dipakai oleh John Lennon dijual pada harga RM800,000. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Kacamata Ikonik John Lennon Dijual Pada Harga RM800,000

Butik Supreme Di Osaka Rugi RM113,500 Selepas Dipecah Masuk

Apple Macbook Pro 16-Inci Mula Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Sehingga RM26,719

Anda Mungkin Suka