Jika anda kini berada di usia 20-an ke atas, nama Sazali Samad pasti sangat sinonim dengan kehidupan seharian kita suatu ketika dahulu. Sebut saja bina badan atau badan sado, nama pertama yang terlintas adalah Sazali Samad.

Walaupun sukan bina badan yang diceburinya tidak sepopular sukan-sukan lain namun pencapaian konsistennya sehingga ke pentas antarabangsa membuatkannya sering tampil di dada-dada akhbar dan laporan berita.

Maka tidak hairanlah jika beliau boleh dianggap sebagai salah seorang atlet paling terkenal dalam negara sehingga ketika ini dan masih menjadi rujukan jika berbicara tentang sukan bina badan.

Selain daripada badan yang sasa (dan kebanyakan masa berminyak), satu lagi ciri penampilan yang sangat sinonim dengan beliau adalah rambutnya yang terpacak kemas dan rapi (dan juga berminyak).

291216-sazali-samad
Sazali Samad. FOTO: Stadium Astro

Rahsia turun-temurun

Siapa sangka, bila sudah menjadi ikon bina badan dan muncul sebagai atlet terkenal negara, rahsia rambut beliau juga sebenarnya menjadi perhatian peminat.

Jika sebelum ini mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang rutin hariannya untuk menjaga badan, tetapi dalam perkongsian di TikTok beliau baru-baru, beliau menjawab soalan peminat mengenai rambutnya.

Lebih tepat lagi, jenama minyak rambut yang dipakainya sejak daripada dulu.

“Abang pakai minyak rambut apa?

“Dari dulu sampai sekarang nampak elok,” tanya seorang pengikutnya di TikTok baru-baru ini.

Bagi menjawab persoalan tersebut, Sazali kemudiannya merakam satu video dan memuat naik jawapannya di platform berkenaan pada Jumaat lalu.

Jawapan yang diberikan beliau ini pasti melegakan persoalan yang mungkin ramai tertanya-tanya sebelum ini dan mungkin juga membuatkan anda terkejut.

“Salam Jumaat semua, orang tanya kan (soalan di atas) pakai minyak rambut apa.

“Pakai gel Superhero atau Hero dan pomade je sekarang ni.

“Dulu-dulu pakai Brylcreem dan Tancho,” kongsi beliau sambil tersenyum menjawab soalan berkenaan.

@sazali.samad

Reply to @minangkabau1

♬ original sound – Sazali Samad – Sazali Samad

Jadi kepada anda yang berminat untuk mendapatkan gaya rambut (atau setidak-tidaknya) berminyak seperti ikon bina badan ini, mungkin senarai-senarai jenama yang diberikan ini boleh dijadikan panduan.

Menerusi semakan yang dilakukan di laman e-dagang, gel rambut berjenama Hero dan Brylcreem ini boleh didapati dengan harga serendah RM6.40 sahaja.

Baca juga perkongsian semasa di media sosial yang kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Pegang Pisang Goreng Tanpa Pengepit, Tindakan WAF Buat ‘Tuan Kedai’ Terkejut

Gara-Gara Komen Di LinkedIn Menteri, CEO Syarikat Ini Terus Dikejar ‘Cybertrooper’ Malaysia

Selesa Dan Menceriakan, Pemuda Ini Kongsi Pengalaman ‘Berharga’ Sepanjang Kuarantin Di MAEPS

Sumber