2018 adalah tahun yang baik untuk jenama dari Singapura ini. SBTG sekali lagi berkolaborasi bersama G-Shock untuk model edisi khas, DW-5750E sempena ulang tahun ke-35 jenama G-Shock.

Pengasas SBTG, Mark Ong memilik warna hijau military untuk koleksi anniversary ini dengan kemasan leapord camo pada bahagian muka jam tangan ini. Besi bull bar turut dipasang pada jam tangan ini. Koleksi ini turut didatangkan khas bersama koleksi baju, topi dan papan luncur yang turut boleh dibeli bersama-sama jam tangan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jam tangan edisi khas ini akan dilancarkan di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia terlebih dahulu pada 3 Februari ini dan 12 Februari untuk butik G-Shock di seluruh dunia. Jam tangan ini akan dijual pada harga USD249 (RM970+-) dan USD499(RM1450) untuk koleksi penuh kolaborasi ini. Kalau anda peminat tegar jenama G-Shock dan SBTG, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan jam tangan ini.

casio-g-shock-sbtg-dw-5600-2

casio-g-shock-sbtg-dw-5600-3

casio-g-shock-sbtg-dw-5600-4

casio-g-shock-sbtg-dw-5600-5