Suruhanjaya Sekuriti kini mengambil tindakan terhadap Huobi Global Limited dan Ketua Pengawai Eksekutif (CEO), Leon Li atas kesalah mengendalikan bursa aset digital (DAX) secara tidak berdaftar.

Susulan itu, SC mengarahkan Huobi menghentikan operasinya di Malaysia di samping melumpuhkan laman web termasuk mudah alih pada beberapa platform seperti Apple Store, Google Play atau mana-mana platform digital lain.

Baca Juga:

Sumber Gambar: BEAMSTART

Langkah tegas ini turut menggesa Huobi Global menghentikan sebarang penerbitan, pengedaran dan penghantaran infopada iklan, e-mel atau media sosial kepada kumpulan pelabur tempatan.

Keputusan ini telah dicapai persetujuan bersama SC untuk melindungi sekuriti pasaran tempatan dan kepentingan para pelabur negara. Sehubungan itu, para pelabur dinasihatkan untuk kekal melabur dan berurusan dengan Pengendali Pasaran Diiktiraf (RMO) yang berdaftar bersama SC.

Semua orang diminta berhati-hati untuk memilih platform pelaburan kerana mahu melindungi pelaburan mereka di samping mengelak daripada menjadi mangsa skim penipuan.

Sumber