Kisah ini suka saya kongsikan untuk memberi pengajaran dan peringatan buat semua rakan yang bercadang nak melawat negara Hong Kong dan akan menginap di hotel-hotel di sekitar Chunking Mansion.

Saya dan keluarga dah tempat tiket penerbangan pada awal tahun 2017 lagi untuk ke Hong Kong. Hotel pun dah siap booking untuk 4 malam melalui laman web booking.com. Dah set juga untuk late check in memandangkan flight kami mendarat dalam jam 9 malam macam tu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dipendekkan cerita, dari airport ke Chungkin Mansion, kami ambil bas 21A atas nasihat cik adik yang jaga kaunter tiket Aeroport Express. Setibanya kami di situ, kami hanya ikut saja arahan dan peringatan dari email booking.com iaitu :
1. Tak pedulikan ulat-ulat yang tawarkan bilik di depan lif (memang ada pun)
2. Naik lif pintu belah kanan untuk ke tingkat 3 (receptionist)

Setibanya di tingkat 3, suasana sunyi dan masa tu di kaunter ada seorang pakcik tua yang jaga. Saya maklumkan saya ada booking hotel di situ. Beliau semak nama saya dan memang ada nama saya, yeah! Seronok sekejap masa tu.

Lepas tu katanya tempahan saya telah di dibatalkan oleh Booking.com. Sudah! Katanya cuba semak email. Roaming line Digi agak kurang lancar di Hong Kong sebenarnya, yang menggunakan servis syarikat telekomunikasi “3”.

Bila semak email, baru masuk rupanya email yang mengatakan tempahan saya dibatalkan disebabkan oleh tidak dapat nak caj kad kredit saya. Aikk, hairan juga sebabnya kad saya ok je, tak ada masalah apa. Kemudian uncle taiko tu cakap kalau nak bilik, ada dan sesuai untuk kami berlima dengan harga HKD 5000.

Waahh terkejut besar kami, apakah ini sindiket atau perancangan dari mereka? Saya menolak dengan baik sambil mengatakan “thank you sir, let us discuss first”. Masa tu perasaan takut dan risau mula menyelubungi diri tapi masih cuba control. Tak nak anak-anak pun takut dan risau.

Baca: 10 Tip Ke Shanghai Disneyland, Taman Tema Pertama Di Tanah Besar China

pengalaman-scam-di-hong-kong-3

pengalaman-scam-di-hong-kong-4

pengalaman-scam-di-hong-kong-5

Setelah berbincangan dengan suami, kami berlalu dari tempat tu, dan keluar dari bangunan Chungkin Mansion tu. Anak-anak mulai lapar, nasib baik ada pasta meat ball dari flight yang belum dimakan.

Jadi sempat lah dorang kongsi jamah makanan tu dalam cahaya samar-samar sambil bersandar di bangunan Chungkin Mansion, sambil saya dan suami berfikir whats next.

Kami berfikir di mana nak bermalam agaknya pada malan ini. Plan nak bermalam sekitar stesen MTR berdekatan, namun kami dapat info stesen MTR pun bakal ditutup sepenuhnya selepas jam 1 pagi.

Sempat juga kami bertanyakan balik harga bilik dari geng ulat-ulat yang tawarkan bilik tadi, nampak harga mereka pun makin naik. Bukan tak nak ambil, tapi harga yang ditawarkan tak masuk akal.

Lagi satu saya fikir dan rasa sangsi, dan tak selamat pula untuk berada di kawasan itu. Maka kami mengambil keputusan untuk kembali ke airport untuk cas handphone dan berehat. Ada juga suami saya pergi bertanya di hotel-hotel selain yang dalam Chunking Mansion ni, tapi malangnya semua penuh.

Sambil menunggu bas untuk ke airport, datanglah 2 orang warga Jepun yang juga senasib dengan kami. Mereka juga ada booking hotel di bangunan Chunking Mansion, dan mereka juga diberitahu bilik yang ditempah sudah penuh. Haishhh… maka senasib la kami.

Tak sampai sejam tunggu bas, tibalah bas ke airport. Naiklah kami ke bas tersebut dengan rasa lega sebab dah keluar dari kawasan itu, sambil anak-anak sambung makan biskut.

pengalaman-scam-di-hong-kong-1

pengalaman-scam-di-hong-kong-6

pengalaman-scam-di-hong-kong-7

pengalaman-scam-di-hong-kong-8

Saya masih cuba cari lagi hotel lain, namun secara keseluruhannya, untuk last minit booking di Hong Kong, kesemua hotel dah melambung-lambung harga untuk 1 malam, iaitu bermula dengan harga RM2500 dan ke atas. Oh, tak sanggup rasa nak bayar banyak tu.

Setibanya di airport, warga Jepun tu pun bawa haluan. Mereka datang ke Hong Kong untuk 3 hari saja, tapi kena macam ni pula.

Di airport Hong Kong, saya perhatikan ramai rupanya yang bermalam di sini. Kemudian kami cari port yang ada plug untuk caj powerbank dan handphone yang dah nyawa-nyawa ikan.

Alhamdulillah kami jumpa berdekatan bawah tangga. Memandangkan kerusi semua penuh maka lokasi bawah tangga saya pilih untuk anak-anak baring dan berehat. Masa ni jam dah menunjukkan pukul 2 pagi lebih.

Saya pula tak boleh nak tidur, terus cari dan mencari hotel-hotel lain untuk kami menginap sepanjang trip kami ni. Masa ni sudah ada geng rakyat Malaysia yang pada awalnya kami dah bertemu masa keluar dari fligh, dan mereka dah maklumkan mereka hanya bermalam di airport.

Cari punya cari, maka terjumpa bilik hotel 1 malam di Macao dengan harga RM600 lebih. Oklah kan sambil jalan-jalan Macao. Kami terpaksa rancangan nak masuk Disneyland. Dan 2 malam lagi kami menginap di hotel di Shenzen. Harga sangat murah, RM300 lebih untuk 2 malam.

Awal pagi 16 Nov 2017, sempat lah panaskan nasi goreng ikan masin Brahim dalam periuk mini kami kat tempat orang ramai duk caj henpon tu jugak.

pengalaman-scam-di-hong-kong-2 pengalaman-scam-di-hong-kong-10

Apa yang boleh saya belajar dari permulaan tiba di Hong Kong ini:

1. Bila berlaku perkara yang tak diingini, kena bertenang, istigfar banyak-banyak dan jangan panik.

2. Cari jalan penyelesaian untuk yang terbaik pada masa itu.

3. Ikhtiar untuk cari penginapan untuk lagi 3 malam buat kami berlima.

4. Jangan mudah berputus asa walaupun pada awalnya dah rasa nak beli tiket flight balik Malaysia.

5. Elakkan booking hotel di Chunking Mansion yang mana harganya memang sangat murah kalau booking awal terutama  kalau flight sampai waktu malam. Saya dapat RM800 lebih untuk 4 malam. Kalau check in waktu siang mungkin OK kot.

6. Bawa bekalan makanan banyak-banyak untuk mereka yang travel dengan anak-anak.

Sebenarnya ini trip backpack pertama kami 5 beranak. Banyak pengajaran dan pelajaran diperolehi. Kisah ini tak terhenti di sini. Masih banyak kisah dan liku yang kami lalui dengan tenang dan ending dia sungguh indah.

Cantik sekali aturanNya bila mana kami tak jadi pun menginap di Shenzen tapi ‘dihantar’ tanpa kami pinta ke sebuah tempat yang damai dan tenang di kawasan Mui Wo Pulau Lantau untuk 2 malam terakhir kami di Hongkong.

Misi utama ke Disneyland pun tercapai. Anak-anak sangat gembira, itu paling utama! Dan kami tak serik untuk travel lagi di masa hadapan!

Terima kasih sudi baca kisah kami yang tak seberapa kami. Bermula 15 Nov 2017 malam hingga 19 nov malam kami berada di Hong Kong – Macao – Shenzen (border) – Hong Kong. Sekadar perkongsian pengalaman, tak ada niat apa-apa pun. Semoga dapat beri info pada rakan-rakan yang bercadang nak ke Hong Kong secara sendiri, bukan pakai ejen pelancongan.

Baca lagi: 5 Persiapan Penting Yang Saya Buat Sebelum Bercuti Di Hong Kong Untuk Rujukan