Aku memulakan Balkan Trip bermula 30.4.2016 dari bumi Istanbul. Aku bermula trip secara solo bermula 3.5.16 di Vienna. Pada 7.5.2016 jam 12 pm aku selamat tiba di bumi Istanbul dari bumi Sarajevo.

photo_1_1-1024×683
HYPE
Mengapa Bandar Bukit Raja Lokasi Hartanah Terbaik Untuk Anda Labur
Baca lagi →

Segalanya bermula baik pada hari itu. Aku mengambil keputusan untuk pergi ke sekitar Eminonu berdekatan New Mosque.

Alkisah bermula pada petang itu. Ada seorang lelaki menegur aku untuk meminta bantuan mengambil gambarnya. Dia keseorangan.

Kemudian dia memperkenalkan dirinya dari negara Arab Saudi tetapi boleh cakap Turkey. Setelah beramah mesra dia mengajak aku untuk melihat tarian traditional Turki.

Aku bertanya padanya: “Tarian pusing-pusing tu ke? (Tarian Sufi).

Dia kata dia pun tak pasti sebab pertama kali. Dia ada sebut belly dance macam tu di sekitar Taksim. Kebetulan aku memang tidak bercadang tidur di hostel pada malam itu kerana penerbangan ke Kayseri pada awal pagi keesokannya.

scam-di-istanbul-2

Jadi kami setuju untuk bertemu semula di Eminonu jam 8pm setelah solat. Aku solat di New Mosque dan dia kata ingin solat di Blue Mosque. Jadi kami bertemu semula di tempat yang dijanjikan.

Kemudian dia terus menahan teksi untuk pergi ke tempat itu. Aku bertanya kenapa tidak mahu naik tram dia kata leceh.

Aku bertanya dia tahu ke tempat tersebut, dia kata tak tahu. Di dalam teksi aku bertanya sekali lagi tarian ni tarian lelaki yang pusing-pusing tu ke? (Tarian sufi).

Dia kata dia pun tak tahu. Ini pertama kali. Tetapi dia kata perempuan yang menari. Aku mula rase pelik, tarian traditional apa perempuan menari.

Jadi tak lama selepas itu, kami sampai di tempat tersebut. Dia membayar duit teksi tersebut. Keluar sahaja daripada teksi, beberapa langkah sahaja sampai ke tempat tersebut. Aku telah masuk ke tempat itu tanpa melihat papan tanda masuk tempat itu.

Sebelum masuk ke tempat itu, aku ada bertanya lelaki tersebut adakah aku perlu membayar untuk melihat tarian tersebut sebab aku tiada duit.

Dia kata “don’t worry, just enjoy“. Masuk-masuk je dalam tempat tersebut, aku terkejut. Perempuan-perempuan seksi bergelimpangan.

Ini bukan tarian traditional Turki (tarian sufi) ni. Arrghhh sudah. Ini dah macam kelab malam. Aku tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke mana-mana kelab.

Hard Rock Cafe Jakarta je pernah jejak sekali. Aku ingin cabut keluar. Aku bagitahu dia aku tak minum alkohol. Dia kata minum orange juice je. Aku pun akur dan minum orange juice.

Sambil duduk minum air, tiba-tiba perempuan-perempuan dalam tempat tersebut menari sesama mereka. Aku sangkakan tak apa la sekejap je. Tengok je dia orang menari.

Tidak lama selepas itu, lelaki itu meminta izin untuk ke tandas. Tiba-tiba tanpa ku sangka ada 2 gadis seksi menghampiri aku menghulurkan salam perkenalan. Aku dikepit oleh gadis seksi di kiri dan kananku. Gugur la juga iman aku terpaksa menyambut salam perkenalan tersebut.

Selepas itu gadis tersebut duduk di sebelah aku dan lelaki tersebut. Kemudian dia meminta air alkohol. Setiap kali habis dia tambah lagi. Aku dah mula tak sedap hati.

scam-di-istanbul-3

Aku beritahu lelaki tersebut aku kena balik ke airport sebab nak ambil bag yang ditinggalkan di sana.

Lelaki tersebut kata jangan risau, naik teksi je dia boleh bayar kan. Relaks dulu. Kemudian tidak lama selepas itu gadis tersebut ajak aku menari.

Aku menolak pada mulanya sebab aku kata aku tak tahu menari da tak pernah menari. Mana lah aku pernah jejak kaki kat tempat macam ni.

Orang kata kalau dah kat tempat syaitan, lagi senang la syaitan buat kerja kan. Memang aku termenari la malam tu 3 kali kot.

Dipendekkan cerita, lelaki tersebut ajak berhenti dan minta bil. Datang seorang pelayan menunjukkan bil dalam bentuk tulisan. Total 10k+ Lira. Lelaki Arab tersebut suruh bahagi 2.

Menggelabah la aku. Aku minum 2 orange juice je sekali sampai 5k Lira. Mana la aku ada 5k+ Lira. Manager tempat tersebut ajak ke bilik dia untuk bincang.

Dia tanya aku macam mana nak bayar bil itu. Lelaki Arab tu kata akan bayar menggunakan kad kredit untuk bahagiannya. Dalam dompet aku hanya ada 140 Euro dan 90+ Lira.

Mereka ambil 140 Euro aku dan pulangkan wang Lira. Mereka tanya adakah aku ada kad kredit. Aku kata tiada.

Kemudian dia bawa aku ke mesin ATM untuk keluarkan wang aku. Duit aku memang transfer ke Tabung Haji. Dalam bank-bank lain duit dalam 2 ke 3 ratus je tinggal.

So pengeluaran tidak berjaya. Dia suruh aku transfer duit TH aku menggunakan internet banking tetapi masih tidak boleh.

Akhirnya aku cakap minta tolong kawan gunakan kad kredit dia. Aku telefon member tu bagitau problem aku. Aku bagitau balik Malaysia nanti aku bayar balik.

Dia kata akan ke tempat aku. Member tu bagitau kalau boleh lari, cabutla tetapi penuh dengn oran-orang dia memang tak dapat la.

Aku bagitau manager tersebut member on the way. Setelah hampir 1 jam lebih tunggu, member aku masih tak sampai lagi.

Akhirnya manager tempat tu bagitau diapercaya kat aku. Jadi dia lepaskan aku tetapi aku kena datang balik untuk bayar.

Dia bagi diskaun. Aku cuma kena bayar 4k Lira je. Jadi aku bagitau flight aku balik KL 10hb. Mungkin 9 hb atau 10 hb aku datang bayar.

Masa keluar dari tempat tu baru aku tengok apa nama tempat yang aku masuk tu. Kelab malam rupanya. Aduh. Memang tempat jolok sarang tebuan la.

Walaupun kata cuma nak minum air biasa-biasa pun tetapi jangan cari pasal la tempat-tempat macam tu. Aku sangkakan ke tarian Sufi sekali ke kelab malam.

Belly Dance ni tarian seksi rupanya. Aku selepas balik umrah 2014 hari tu aku memang dah bertekad tidak mahu sentuh mana-mana perempuan bukan muhrim dengan sengaja.

Baca: 19 Tips Elak Kecurian Dan Kehilangan Duit Serta Barang Penting Semasa Travel

scam-di-istanbul-4

Sebelum ni memang la aku terikut-ikut orang. Ala. Pegang tangan je pun. Benda remeh je bagi aku. Sekali Allah bayar cash kat aku.

Nak sangat pegang perempuan kan. Ambik kau. Hangus 140 Euro. Ya. Aku manusia biasa. Tidak terlepas dari membuat dosa. Bagi aku biarlah hangus 140 Euro tu. Ibarat mencuci dosa-dosa kecil aku. Dosa besar masih perlu dengan taubat.

Pengajarannya kita kena ingat Allah ada di mana mana sahaj abukan di Makkah atau Madinah sahaja. Aku kongsikan ini sebagai ikhtibar untuk kita semua terutamanya diri aku sendiri.

Ini baru je terima balasan di dunia, Allah bagi. Dah nak terduduk aku. Kalau betullah aku kena bayar 4k Lira tu memang sakit la nak kumpul balik.

Kalaulah ini harga yang harus dibayar setiap lelaki untuk menyentuh perempuan adakah masih ramai ingin menyentuhnya? Tidakkah tinggi nilai seorang wanita?

Owner apartment member aku yang tolong tu bagitau memang banyak dah orang terkena. Dia kata jangan bayar apa-apa pun. Orang yang bawa aku tu mungkin dapat commision 50%.

Dia ni pernah bekerja di kelab malam sebelum ni. Memang macam-macam jenis scam ada dia ceritakan. Aku pun tak sure sama ada aku kena pukau atau sebaliknya waktu itu.

Selepas itu aku ada jumpe sorang dari Cyprus cara lebih kurang sama. Ajak nak tengok night life. Nasib baik aku dah tahu jadi aku cabut lah. Sorang lagi pula siap berhenti dan turun kereta ajak ikut dia. Nasib baik aku jalan laju-laju cabut. So, be carefull guys!

Wassalam.
Hamba Hina.

Baca lagi: 15 Tip Travel Ke Istanbul, Turki Buat Backpacker

Artikel di atas disumbangkan oleh Zikri Bahrudin. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group