Sebenarnya, aku rasa kita dirasuk perasaan tak cukup dalam diri kita. Yang kita nampak duit sebagai alat pengukur kebahagian.

Dan sebab ini juga kita kecanduan kaya. Masalahnya adalah apabila diri kita dah kaya, kita mulai kabur siapa diri kita. Kita hilang hala tuju. Sebab bila diri dah kaya, kita rasakan yang kita boleh halakan kemana saja kita nak tuju.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kita tipu orang-orang kurang pengetahuan. Kita pijak orang yang lebih rendah dari kita. Kerja sebulan gaji belas ribu, kutuk orang gaji seribu.

Utopia apa yang kita nak capai sebenarnya?

Masa dulu, ada kawan join MLM. Dia datang rumah sewa dan “closing” benda yang dia buat. Siap tayang duit banyak berkepuk-kepuk. Aku tak salahkan dia. Tapi aku marah juga sebab dapat tahu dia tipu guna duit orang. Ramai juga yang ikut masuk nampaknya. Tapi takpa. Hal lama.

Masa kerja kat Australia, rasa ramai gila orang Malaysia kena tipu dengan ejen pekerjaan yang rata-ratanya datang dari Malaysia juga. Ada yang sanggup labur sampai 8 ribu, 6 ribu, beribu-ribu.

Sampai ada seorang pakcik (umur dia nak sebaya dengan ayah aku) pun kena. Yang tipu dia pula adalah anak saudaranya sendiri. Tapi pakcik ni steady, dia maafkan saja anak saudara dia tu.

ameq-2

Apakah kita dah hilang moral kemanusiaan kerna lebih memilih duit dari saudara keturunan? Bila sampai di sana, apa yang dijanjikan segalanya palsu pula.

Tapi itulah, yang ku geram sangat ni adalah kenapa kita ni dah macam “bagai lembu dicucuk hidung”. Mudah percaya dengan orang, orang tayang gaji belas ribu sebulan kita pun nak.

Orang cakap kerja luar negara ni dapat pulangan besar kita pun nak. Tapi sikit pun kita tak buat kajian, tak belajar sikit, tak ambil tahu sikit, yang kita tahu serah bulat-bulat pada orang.

Kebobrokan apa kita sekarang?

Di pojok dunia manapun, kalau kita tak minta tuhan kurniakan rasa kecukupan dalam semua benda, kita tak akan pernah rasa bahagia. Biaq pi lah gaji puluh ribu pun sebulan.

Aku terkesan betul dengan geng pelarian Syria masa aku kat sana. Depa ni berasa cukup. Hidup daif takda harta benda pun depa ucap “Alhamdulillah, semua tuhan bagi”.