Musim cuti sekolah telah tiba. Ramai yang memasang impian ingin bercuti ke Jepun. Dan baru-baru ni kita sering terbaca tentang pakej-pakej ke Jepun yang bajet dan murah.

Harga pakej cuma RM2900-RM3000 termasuk tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan dan macam-macam lagi kemudahan yang dijanjikan. Tapi pada hakikatnya, itu hanyalah tipu helah semata-mata yang digunakan untuk menipu wang pelanggan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di sini kami ingin berkongsi beberapa point penting untuk anda mengenalpasti samada pakej perlancongan ke Jepun itu adalah scam atau tidak.

1. Harga pakej keseluruhan KURANG RM3000 dan dijanjikan pakej ALL-IN termasuk TIKET PENERBANGAN

Harga tiket penerbangan pergi balik ke Jepun (Tokyo) secara kasarnya ialah dalam lingkungan RM1800-RM2500 bagi penerbangan Air Asia / Japan Airlines / MAS / All Nippon Airways dan RM1200-RM2200 bagi penerbangan ke Osaka / Kansai.

Harga penginapan hotel 3-bintang atau apartment / homestay pula dalam lingkungan RM1000 untuk 4 malam/5 malam. Tambahan pula dengan nilai matawang Jepun yang tinggi sekarang, mencecah 4.2 kali ganda nilai matawang Malaysia.

Jadi tidak logiklah jika pakej percutian tersebut kurang dari RM3000 lebih-lebih lagi jika dikatakan termasuk makan, pengangkutan dan sebagainya.

2. Menawarkan pengangkutan peribadi dengan harga pakej kurang dari RM3000.

Bagi kumpulan yang mempunyai golongan warga emas, kadang-kala terasa agak berat untuk menyertai pakej yang menggunakan public transport. TETAPI diingatkan bahawa harga private transport di Jepun SANGAT MAHAL.

Kos untuk menyewa VAN atau MINI BUS di Jepun untuk sehari (8 jam perjalanan) mencecah 150,000 Yen – 200,000 Yen (RM5000-RM8000). Jadi sekiranya pakej yang anda lihat menawarkan harga yang terlalu murah untuk pengangkutan peribadi, semestinya harga tersebut tidak masuk akal.

3. Pakej ALL-IN termasuk BULLET TRAIN yang tersangat murah

Pakej 7H6M ke Tokyo Osaka Kyoto termasuk Bullet Train. Sekiranya harga yang ditawarkan kurang dari RM5000 adalah tidak logik. Ini kerana harga tiket ONE-WAY dari Tokyo ke Osaka sahaja adalah 14,000 Yen (RM500++).

Jika dicampurkan dengan harga tiket penerbangan, pengangkutan dan makan, sepatutnya kos sudah mencecah RM7000 seorang tetapi harga yang ditawarkan cuma RM5000. Jadi semestinya ada tipu helah.


4. Pakej backpackers termasuk Disneyland, Mt Fuji Cable Car, penginapan, pengangkutan cuma RM1700

Harga tiket Disneyland adalah 7400 Yen (RM300), Trip ke Hakone Mt Fuji pula adalah 6000 Yen (RM250) seorang, pengangkutan pula lebih kurang 8000 Yen (RM400) untuk 5 hari, belum masuk tempat tinggal dan makan.

Total dah mencecah RM2000. Takkan travel agent tersebut tidak ambil untung? Jadi semestinya ada tipu daya. Sama ada pakej tersebut adalah penipuan 100% ataupun akan terdapat banyak harga ‘ADD-ON’ yang perlu dibayar setibanya di Jepun nanti.

Ramai yang sering terperdaya dengan Pakej yang ‘SANGAT MURAH’ untuk percutian ke Jepun sedangkan sebenarnya itu adalah SCAM! Jadi berhati-hatilah ketika memilih pakej percutian ke Jepun kerana hanya kerana disebabkan terlalu sayang untuk keluarkan wang, habis seluruh simpanan terbakar begitu sahaja akibat ditipu ejen-ejen pelancongan ‘hantu’.

Nasihat kami, jangan sangka percutian ke Jepun murah seperti ke Korea atau Beijing. Harga kos di Jepun adalah 4 kali ganda dan sama seperti melancong ke Amerika Syarikat.

Fikir masak-masak dan selidik betul-betul sebelum anda membuat bayaran kepada travel agent yang menjanjikan pakej yang ‘teramat-amat berbaloi’.