Situasi panik dan gusar kebanyakan manusia di seluruh dunia akibat wabak COVID-19 yang telah membunuh 80,000 orang di seluruh dunia telah dijadikan modus operandi baharu buat para penipu atau scammers untuk mengaut keuntungan.

Terbaharu, melalui perkongsian yang dibuat oleh Tech Times, terdapat satu iklan di Own Shop – salah satu pasaran Dark Web yang terkenal – di mana mereka menjual darah dan air liurnya yang sembuh daripada wabak COVID-19.

Own Shop turut mendakwa bahawa darah dan air liur tersebut mampu untuk membuatkan seseorang kebal dari wabak COVID-19. “Saya perlukan duit untuk membiayai keluarga,” kata keterangan produk tersebut. Darah dan air liur dijual pada harga $1,000 bersamaan dengan RM4,000.

Tambah Tech Times, kepercayaan ini wujud selepas mereka mengeluarkan teori bahawa jika anda selamat dari wabak coronavirus, maka anda akan kebal terhadap kesan wabak ini.

Skandal penipuan ini adalah sebahagian daripada kes-kes penipuan yang lain sepanjang situasi pademik akibat wabak COVID-19. Mereka telah mengambil peluang untuk mengeksploitasi dan menggunakan ketakutan manusia bagi keuntungan peribadi.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh firma perisikan global, IntSights yang diterbitkan pada hari Selasa berkata, “Kekurangan kit ujian coronavirus – terutamanya di negara seperti Amerika Syarikat – membawa kepada permintaan yang tinggi terhadap produk demikian dalam pasaran gelap.”

“Tetapi ‘produk’ ini sama sekali tidak benar, dan pembeli akan ditipu dengan wang mereka,” kata IntSight.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di beberapa negara, klik pautan di bawah.

WHO Akui Buat Kesilapan, Minta COVID-19 Tidak Dipolitikkan

Jerman Dan Belanda Benarkan Laungan Azan Untuk Naikkan Semangat Hadapi COVID-19

Keadaan Di Wuhan Kembali Sesak Sebaik Sahaja Tempoh 11 Minggu ‘Lockdown’ Tamat