Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Apa yang akan terjadi jika kisah urban myth yang sebelum ini hanya menjadi buah mulut dari satu generasi ke generasi jadi kenyataan? Itulah yang bakal diperlihatkan dalam filem seram hebat ‘Scary Stories To Tell In The Dark’ yang akan ditayangkan di Malaysia pada 19 September 2019.

Pengarah tersohor Guillermo del Toro merupakan penerbit untuk filem arahan André Øvredal ini. Filem seram ini merupakan adaptasi daripada buku dengan nama yang sama, Scary Stories to Tell in the Dark oleh Alvin Schwartz.

Scary Stories To Tell In The Dark menjadi antara filem seram dengan kutipan tertinggi ketika ianya dilancarkan di Amerika Syarikat akan berjaya membuat kutipan USD20.8 juta (RM~86.8 juta) pada hujung minggu pertama ianya ditayangkan. Laman Rotten Tomatoes turut mengelaskan filem ini sebagai salah satu filem seram yang hebat untuk tahun 2019.

Bukan itu sahaja, kutipan yang dibuat tersebut hanya sedikit sahaja di belakang Fast & Furious: Hobbss & Shaw yang mengutip USD25 (~RM104 juta) juta pada hujung minggu kedua ianya ditayangkan di Amerika Syarikat. Filem ini turut dipuji kerana tidak terlalu bergantung kepada CGI untuk menghasilkan babak seram yang ada dalam filem ini.

Scary Stories to Tell in the Dark akan membawa anda ke tahun 1968 di sebuah pekan kecil bernama Mill Valley. Seorang gadis bernama Sarah terjumpa sebuah buku usang yang ditinggalkan bertahun lamanya tanpa diusik. Tanpa pengetahuan beliau, buku tersebut menyimpan pelbagai kisah seram serta makhluk yang sebelum ini hanya muncul dalam kisah rakyat sahaja. Selepas Sarah membuka buku tersebut, maka Mill Valley terus menjadi kucar kacir.

Mungkin anda akan rasa filem ini mirip filem Goosebumps, tetapi tiada yang lucu dalam filem ini. Dan wataknya semuanya sangat mirip dengan versi bukunya. Buat peminat setia filem seram, jangan lupa tarikh 19 September 2019 ini.

Anda mahu ke tayangan perdana filem ini pada 11 September 2019 di mmCineplexes @ e-curve? Isi butiran anda di sini. Selamat berjaya!