Bermula pada tahun 2010 dengan memperkenalkan telefon pintar mampu milik, siapa sangka Xiaomi mampu berada dimana mereka sekarang. Hadir dengan seleksi barangan elektronik daripada telefon pintar sehinggalah kepada kelengkapan rumah semuanya ditawarkan di bawah jenama ini.

Pada kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda sebuah lagi barangan yang agak menarik untuk dimiliki pada pendapat kami khususnya para lelaki iaitu screwdriver mudah alih daripada Xiaomi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
EYJ_YHlWkAAsTRo
Sumber: twitter @ultralinx
EYJ_YJrWoAYwkZB
Sumber: twitter @ultralinx

Dinamakan sebagai Xiaomi Mijia, model ini hadir dengan 12 jenis mata yang berbeza dalam memudahkan anda membuka serta memasang skru dengan mudah.

Rekaannya yang berwarna hitam dan tampak moden ditambah pula dengan fungsi pengecasan menggunakan USB-C sekaligus membuatkan Xiaomi Mijia sangat praktikal untuk digunakan oleh orang ramai.

30e30167a67048a2216811de454e50b4

657d6aa6979343bdbc17469795a72d43

Oh ya, Xiaomi Mijia yang sangat berguna untuk kegunaan di rumah mahupun pejabat ini hadir dengan harga mampu milik. Screwdriver mudah alih daripada Xiaomi ini untuk didapatkan dengan harga serendah RM125 sahaja. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya.

Sementara itu, IKEA Rusia pada minggu ini hadir dengan panduan bina khemah untuk kanak-kanak di rumah menggunakan perabot mereka. Turut dikongsikan, cara-cara menghias ruang tamu seakan siri TV kegemaran anda.

IKEA Rusia Hasilkan Panduan Bina Khemah Untuk Kanak-Kanak Di Rumah Menggunakan Perabot Mereka

IKEA Kongsi Cara Hias Ruang Tamu Persis Siri TV Kegemaran Anda