Apabila terdapat pengguna yang mahukan kenderaan yang eksotik atau model kereta yang tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia pastinya kereta recond menjadi pilihan.

Sebagai pencerahan, kereta recond merupakan kereta terpakai namun masih dalam kondisi yang baik serta diperkemas semula sebelum diimport. Di Malaysia, hanya kereta recond dari UK dan Jepun yang dibenarkan untuk dibawa masuk.

Meskipun kereta recond ini seringkali terdiri daripada kereta yang mewah, terdapat segelintir kereta yang pernah mengalami kerosakan yang serius dan dibaiki semula sebelum dijual kepada umum. Masalah terjadi apabila pembeli merasa tertipu apabila menerima kereta yang mengalami masalah chasis atau kerosakan yang menelan kos yang tinggi.

Screen Shot 2019-05-16 at 12.42.04 AM

Dalam usaha untuk membolehkan pengguna mendapatkan kereta recond dalam kondisi yang baik serta elak ditipu, sebuah perkhidmatan yang dinamakan SCRUT dibawah kendalian Ifcon Technology Sdn Bhd telah ditubuhkan bagi membantu pengguna menyemak laporan keadaan kereta yang diimport dari Jepun.

Apa yang menarik perhatian kami adalah altenatif yang ditawarkan dimana pembeli cuma perlu memasukkan nombor chasis kenderaan yang berminat ke laman web SCRUT. Anda boleh klik disini untuk ke laman rasmi.

Berdasarkan apa yang dikongsikan, para pengguna bakal menerima laporan penuh yang terdiri daripada bulan dan tahun pendaftaran , nombor model dan varian, jarak perbatuan ketika dijual, pernah terlibat dalam kemalangan atau tidak, enjin, tombol gear, jenis kerosakan luaran, beg udara serta tempat terakhir diservis.

SCRUT
Sumber: Careta

Pastinya laporan ini sangat penting buat pengguna khususnya buat mereka yang ingin mendapatkan harga yang berharga ratusan ribu atau jutaan Ringgit. Setiap laporan ini boleh dimiliki dengan nilai 50 kredit bersamaan RM50.

Difahamkan, SCRUT bakal menawarkan servis mereka dalam versi aplikasi tidak lama lagi. Melalui laporan ini pastinya pengguna tidak lagi merasa curiga atau was-was sebelum memilih untuk mendapatkan kereta recond yang dihajati.

Sumber