Sudah menjadi lumrah setiap kali Apple memperkenalkan model terbaru, produk keluaran mereka pastinya akan menjadi bahan sindir atau ‘troll’ daripada jenama-jenama lain.

Malah, pada kali ini syarikat penawaran aplikasi penerbangan rendah iaitu Skyscanner antara terawal dalam menghasilkan iklan terbaru menyindir Apple iPhone XS. Berikut merupakan iklan terbaru Skyscanner yang berjaya menjadi tular seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan perbandingan yang dibuat, para pelanggan diharus untuk membuat keputusan ‘bijak’ sama ada untuk menggunakan wang mendapatkan iPhone XS atau bercuti ke Eropah yang pastinya lebih menarik menarik dan menyeronokkan.

Bertabahlah Apple. Sudah tiba waktunya syarikat-syarikat lain menjalan ‘promosi percuma’ buat anda. Dijangka lebih banyak lagi syarikat-syarikat bakal menyusul selepas ini dalam membandingkan produk yang ditawarkan bersama Apple iPhone terbaru.