Tular satu rakaman video dashcam di mana sebuah kereta mengalami kerosakan pada bahagian cermin apabila sebatang besi buruk terjatuh dari lori lalu melayang menembusinya.

Dalam rakaman video itu pemandu kekal tenang dan tidak panik sejurus insiden tersebut terjadi, sambil meneruskan perjalanan. Bagaimanapun, lori terbabit ‘meninggalkan’ tempat kejadian begitu sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut pemilik dashcam, ketika kejadian itu berlaku dia bersama dengan seekor anjing peliharannya yang sedang berada di tempat duduk belakang.

Rakaman video yang sedang tular di pelbagai platform media sosial ketika ini mengundang rasa tidak puas hati netizen. Gara-gara pemandu lori mengabaikan ciri-ciri keselamatan sehingga hampir menyebabkan kemalangan yang lebih besar terhadap pengguna jalan raya lain.

Orang ramai mahu campur tangan pihak berkuasa dan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu serta syarikat lori terbabit kerana isu ini kerap kali berlaku dan membahayakan kenderaan-kenderaan yang lebih kecil.

Tambah netizen, mereka memilih untuk menjarakkan kenderaan daripada berdekatan dengan lori-lori, dengan memotong kenderaan besar tersebut untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Dalam pada itu, mangsa memberitahu dia telah membuat laporan polis dan akan membuat tindakan susulan selepas mendapat khidmat nasihat daripada pihak peguam.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.