Sejak mula kereta Batman atau lebih dikenali dengan nama Batmobile versi tahun 1989 ditayangkan, model tersebut berjaya muncul sebagai rekaan yang ikonik sehingga kini. Rekaan tersebut secara tidak langsung berjaya menjadi inspirasi kepada beberapa pengeluar kereta.

30 tahun berlalu, Lamborghini selaku jenama kereta berkuasa tinggi di Itali nampaknya telah memperkenalkan model terbaru mereka iaitu Lamborghini V12 Vision GT.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya, model yang bernadikan enjin V12 ini berjaya mengingatkan orang ramai terhadap rekaan Batmobile serta tampil dengan kemasan yang futuristik.

552658-1

Lamborghini Lambo V12 Vision GT

Lamborghini Lambo V12 Vision GT

552512-1

552665-1

552668-1

Dari segi prestasi, model ini dikuasakan dengan enjin V12 hibrid yang mampu menawarkan pretasi 808 kuasa kuda. Dikhaskan untuk tujuan perlumbaan, model ini hadir dengan hanya satu tempat duduk serta rekaan kokpit yang moden.

Hadir dengan berat serendah 819kg membuatkan orang ramai tertanya-tanya kelajuan maksimum yang boleh dicapai oleh model ini. Untuk pengetahuan, rekaan model ini diinpirasikan daripada Lamborghini Marzal keluaran 1968. Berikut kami kongsikan video pelancaran Lamborghini V12 Vision Gran Turismo.

Dua bulan lalu, enam kereta Lamborghini Huracan telah disita oleh Jabatan Kastam Malaysia. Turut dikongsikan, keadaan kilang palsu yang menjual Ferrari dan Lamborghini palsu.

Enam Kereta Lamborghini Huracan Disita Jabatan Kastam Malaysia

Lihat Keadaan Kilang Palsu Yang Menjual Ferrari Dan Lamborghini Palsu Berharga RM185,188

Sumber