HBO baru sahaja menyiarkan sebuah drama bersiri The Last Of Us yang diinspirasikan daripada permainan popular. Siapa sangka pemandangan bangunan terbengkalai seperti di dalam drama bersiri itu tiba-tiba boleh dilihat terjadi di tengah-tengah kawasan ibu kota negara kita yang cukup sibuk.
Menerusi perkongsian akaun TikTok @harzachvfx, beliau telah berkongsi sebuah video yang berkisarkan pemandangan ibu kota Kuala Lumpur berubah menjadi seperti bandar terbengkalai yang dipenuhi rumput tinggi dan juga ada kelibat zombie.
Baca Juga:
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
@harzachvfx Yeahh, The Last of Us HBO series is finally droppin’. #tlou #thelastofus #tlouhbo #harzachvfx #vfx @hbomax @playstation @hbo
@harzachvfx Can you spot a clicker? – The Last of Us #thelastofus #harzachvfx #vfx #tlou #tlou2 #thelastofus2
Video berdurasi 16 saat ini telah mencuri perhatian netizen kerana tampak sangat realistik dan kelihat seperti ‘hidup’. Senario ini berjaya dicipta oleh beliau memandangkan sudah berkecimpung di dalam bidang visual efek dan 3D. Jadi, tidak hairanlah, hasil karyanya nampak sangat profesional serta kemas.
Setakat ini, video tersebut berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta, 83,900 likes dan juga 1,656 komen yang ditinggalkan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan rasa kagum dengan hasil visual dan animasi yang dibuat dipamerkan pada video tersebut.
Drama bersiri The Last Of Us telah menjadi sensasi di seluruh dunia kerana ia merupakan adaptasi daripada permainan terkemuka PlayStation. Jadi, tidak hairanlah jika video itu secara tidak langsung telah mencuri perhatian peminat tempatan yang turut menantikan drama siri ini.