Aizat Amdan selaku penyanyi dan komposer popular pernah memasuki industri hiburan tanah air menerusi sebuah program realiti tv. Penampilan beliau yang agak besar antara yang membuatkan mudah diingati seiring dengan penggunaan tagline ‘kasi gegar’.

Beliau seterusnya telah menghilang diri selama beberapa bulan sebelum tampil dengan imej serba baharu yang tampak lebih sihat dan kurus. Malah, beliau turut pernah berkongsi program diet yang dilakukan dengan mengelakkan pengambilan nasi, air bergas dan juga makanan berproses selama 3 bulan serta turut melakukan senaman secara konsisten.

Terbaharu, Aizat Amdan selepas hampir empat bulan menjalin rumah tangga, penampilan beliau menerusi sebuah acara dilihat sangat berbeza di mana Aizat dilihat kembali kepada bentuk suatu ketika dahulu.

@ameersyh

Healinggg ke tuu :(

♬ original sound – syah – syah

Meskipun tampil dengan penampilan yang berbeza, suara dan tenaga Aizat Amdan tampak tidak berubah malah masih berjaya menghiburkan para penonton menerusi lagu hits beliau iaitu Hanya Kau Yang Mampu. Berikut merupakan respon netizen terhadap penampilan Aizat Amdan.

Sumber: tiktok @ameersyh
Sumber: tiktok @ameersyh

Walau apapun, didodakan semoga Aizat Amdan berbahagia bersama yang tersayang serta terus menghasilkan karya dalam menghiburkan peminat muzik tanah air.