Minggu ini satu filem psychological thriller ‘Searching’ berada di pawagam. Rasanya ramai familiar dengan wajah pelakon utama filem ini, John Cho. Jika sebelum ini beliau terkenal dengan karya hebat seperti Harold & Kumar yang penuh gelak tawa, tetapi karya terbaru beliau ini langsung berbeza.

Komunikasi semakin mudah dengan adanya telefon pintar dalam kehidupan harian. Walaupun duduk berjauhan tetapi dengan adanya internet, komunikasi tetap boleh berlaku. Tetapi apa yang dapat kita buat sekiranya kita langsung terputus hubungan dengan orang yang kita sayangi?

John Cho hadir dengan sebuah filem yang kita semua dapat relate dengan kehidupan seharian kita hari ini. Selepas kehilangan anak beliau yang berusia 16 tahun, David Kim (John Cho) membuat siasatan untuk mencari kembali anaknya. Namun selepas 37 jam tanpa sebarang kesan, beliau berpendapat dengan menyelongkar komputer riba anaknya beliau dapat berjumpa kembali dengan anaknya.

Berdasarkan trailer rasmi filem ini, saya sudah dapat rasa filem ini adalah sebuah filem yang hebat dan mempunyai high expectation terhadap filem ini. Jangkaan saya nyata tepat; filem ini langsung tidak buat anda rasa ‘tenang’ dan buat anda tertanya-tanya tentang apa yang akan jadi seterusnya.

Jalan cerita filem ini mudah sahaja. Ianya tentang seorang ayah yang ingin mencari kembali anak kesayangannya yang kini hilang tanpa khabar berita. Mujurlah ayahnya mahir menggunakan media sosial dan untuk mencari lokasi terakhir anaknya adalah sesuatu yang mudah baginya.

searching insert

Namun tanggapan beliau salah apabila setiap klue ke lokasi terakhir anaknya menemui jalan buntu dan si bapa langsung tidak menyerah kalah dan bersungguh dalam mencari setiap hint yang ditinggalkan. Plot twist yang tidak dijangka juga mencantikkan lagi filem ini.

Searching juga berjaya memberi feel umpama kita sendiri berada dalam filem berkenaan. Untuk anda lebih appreciate filem ini, anda kena lihat pula bagaimana filem ini dibuat. Setiap adegan disunting satu persatu dan sememangnya filem ini ambil masa yang lama untuk disiapkan.

Searching adalah sisi serious John Cho dalam menghasilkan sebuah filem. Tiada lagi ‘Harold’ dalam filem ini. Filem ini juga dihasilkan dengan bajet yang kecil tetapi John dapat menghasilkan sebuah masterpiece dengan bajet yang beliau ada. Kami suka filem ini dan kami beri rating 8.5/10 untuk filem ini.

P/S: Ianya mungkin tidak fun seperti filem superhero atau aksi Hollywood yang lain, tetapi Searching berada di kelasnya yang tersendiri.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia’

https://youtu.be/SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

Guns

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!