Majoriti wanita merasakan tidak lengkap keluar dari rumah tanpa mekap di wajahnya. Perasaan rasa ‘tak siap’, tak cantik dan risau terdedah parut jerawat atau lompong di permukaan kulit muka menjadi ketakutan kepada wanita kaki solek.

Tahukah anda, secara purata seorang wanita di Amerika Syarikat telah membelanjakan US$15,000 demi alat solek sepanjang hayatnya. Mungkin anda tak terasa kerana membelinya satu per satu.

makeup1

Cuba jumlahkan nilai keseluruhan alat solek yang ada di dalam beg solek anda dan darab dengan 4 jika anda membelinya 4 kali setahun. Banyak kan?

Sebenarnya kurang dari 15% dari harga jualan adalah kos pembuatan alat solek. Itu bermakna harga tidak semestinya melambangkan kualiti produk kerana selebihnya anda bayar untuk ini:

1. Kos pemasaran dan pengiklanan
2. Kos rekabentuk dan pembungkusan
3. Nilai jenama berprestij
4. Sewa ruang pameran/lot kedai
5. Orang yang membantu untuk menjual produk
6. Contoh produk untuk diuji pelanggan
7. Perkhidmatan pemulangan produk sekiranya tidak berpuas hati
8. Peralatan perkilangan
9. Penyelidikan dan pembangunan produk

Kualiti kosmetik bergantung kepada bahan yang digunakan dan cara ia dikilangkan. Randy Schueller, ahli kimia kosmetik yang berpengalaman lebih dari 30 tahun ini menyatakan kualiti kosmetik berasaskan serbuk seperti eye shadow dan pemerah pipi disebabkan oleh cara pengilangan.

Contohnya kaedah pembuatan yang lebih murah menggunakan alat tukul kilang untuk memecahkan bahan solek kepada partikel-partikel kecil. Ia akan meninggalkan kesan clump.

Manakala bagi kaedah pembuatan yang lebih mahal, alat jet kilang digunakan untuk memecahkan bahan solek menjadi partikel-partikel yang lebih halus, mewujudkan rasa licin dan hasil akhir lebih sempurna.

Tetapi pelanggan tidak tahu tentang proses tersebut dan hanya melihat label pada produk sahaja.

Jenama-jenama besar biasanya melabur lebih banyak untuk peralatan dan membelanjakan wang untuk penyelidikan dan pembangunan produk. Jenama-jenama kecil pula, kebiasaannya memberikan kontrak kepada pengilang untuk membuat kosmetik mereka berbanding membeli sendiri peralatan.

Apakah yang anda patut buat sebagai pelanggan?

Anda patut tahu apa yang anda perlukan dan beli apa yang sesuai dengan kulit anda. Dalam masa yang sama jangan sangka semakin mahal harga kosmetik, semakin baik kualitinya kerana ia bergantung kepada apa yang anda sanggup bayar dari 9 perkara di atas tadi.

Apakah standard kecantikan di seluruh dunia? Lihat ini:

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤