Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebelum ini sudah banyak kali kita dengar insiden yang melibatkan powerbank meletup di berita-berita dan media sosial. Terbaru, seorang warga twitter yang menggunakan tweet handle dengan nama Nasir Pasir, memuat naik sebuah video yang menunjukkan kekecohan yang berlaku di dalam sebuah kapal terbang gara-gara sebuah powerbank milik salah seorang penumpang meletup.

Video yang berdurasi 1 minit 21 saat ini menunjukkan seorang pramugari menggunakan pemadam api untuk memadamkan api yang berpunca daripada letupan daripada powerbank di dalam seutas beg tangan milik salah seorang penumpang. Dapat dilihat juga keadaan beg tersebut yang berasap dan terdapat kesan kebakaran.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Video tersebut yang dimuat naik di akaun twitternya semalam telah menerima lebih daripada 13,900 retweet daripada netizen.

Hasil daripada perkongsian  tersebut, pelbagai komen daripada netizen telah membanjiri ruangan posting tweet berkenaan.

Kebanyakan netizen yang memberi komen menceritakan pengalaman mereka yang tiada masalah ketika menggunakan powerbank ketika dalam pesawat.

Ada juga dikalangan netizen yang bertanyakan tentang samaada powerbank dibenarkan atau tidak untuk dibawa naik ke dalam pesawat.

Untuk makluman semua, anda dibenarkan untuk membawa apa-apa jenis powerbank tidak mengira jenama dan model semasa dalam penerbangan. Akan tetapi anda perlu bawa ia bersama atau secara hand carry sahaja dengan anda. Anda boleh menyimpan di dalam handbag atau dalam poket baju. Yang penting, ia mesti bersama-sama dengan anda.

Anda tidak dibenarkan menyimpan power bank di dalam bagasi anda. Jika bagasi anda di kesan mempunyai powerbank, penerbangan tersebut akan ditangguhkan sementara waktu untuk pemeriksaan lanjut. Kemudian, hanya powerbank yang mempunyai kuasa maksimum 20,000 mAh sahaja dibenarkan untuk dibawa bersama anda.

Rupanya kejadian viral ini telah berlaku pada awal tahun yang lalu tetapi baru sahaja tular di laman Twitter semalam.

Ketahui cara mengira anggaran keupayaan Powerbank mengecas anda di pautan di bawah. Turut dikongsikan inovasi anak muda berusia 14 tahun ini dalam menghasilkan power bank buat abangnya. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Cara Mengira Anggaran Keupayaan ‘Powerbank’ Mengecas Gajet Anda

Ini Mungkin Powerbank Terbesar Yang Pernah Ditawarkan Setakat Ini

Belum Mampu Membeli, Remaja 14 Tahun Ini Hasilkan ‘Powerbank’ Buatan Sendiri Untuk Abangnya

 

Anda Mungkin Suka