Ada orang suka makan gaji. Ada orang suka bekerja sendiri. Dua-dua ada tujuan dan sebab masing-masing mengapa mereka pilih cara sebegitu untuk cari rezeki. Raikan perbezaan, bukan saling cemburu atau pandang rendah pada pilihan masing-masing. Maka, ketahui 18 sebab kebanyakan orang menjadi usahawan.

1. Tidak boleh ada bos. Panas apabila diarah-arahkan.

2. Suka ada kuasa. Maka, jadi bos pada diri dan bisnes sendiri.

3. Mudah bosan buat benda yang sama setiap hari.

4. Benci hari Isnin. Kena bangun pagi untuk bekerja.

5. Gagal dapat kerja. Jadi cipta kerja.

6. Asyik bertukar kerja.

7. Rasa tak rugi apa-apa jika bisnes terutama bisnes tanpa modal.

8. Boleh jual ais kepada orang Eskimo.

9. Ada kemahiran/bakat yang boleh menjana duit.

Baca: 22 Buah Syarikat Ini Tawarkan Hari Cuti Tanpa Had Kepada Para Pekerjanya

10. Nampak semua benda itu duit termasuklah masalah.

11. Terlalu kreatif sampai kadang-kadang orang tak faham dirinya.

12. Sangat tidak berpelajaran tinggi.

13. Sangat berpelajaran tinggi.

14. Nak kebebasan masa dan wang.

15. Terlalu bercita-cita tinggi.

16. Sukakan risiko. No risk, no gain!

17. Meneruskan bisnes keluarga.

18. Sangat tidak sabar.

Baca: 16 Filem Bisnes Berdasarkan Kisah Benar Yang Mesti Ditonton Oleh Usahawan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group