Nota Editor: Perkongsian ini telah dipaparkan di Facebook Onesy Kun, seorang pelajar di Jepun. Kami terbitkan semula di Vocket dengan izin dari penulis. Semoga perkongsian ini dapat memberi info mengapa sesetengah orang lebih selesa menetap di negara luar berbanding negara sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pertama, nak cakap yang aku sentiasa sedar yang aku dapat berada dekat sini sekarang ini sebab duit rakyat, bukan duit sendiri. Benda ni sentiasa jadi keutamaan dalam fikiran aku, maafkan kalau aku nampak sombong, aku tak pernah lupa asal usul dan aku akan try sebaik mungkin nak contribute to Malaysia satu hari nanti.

Kedua, aku tulis post ini bukanlah semata-mata nak agungkan negara/orang Jepun, atau dengan kata lain nak jilat negara ini. Ya Jepun ini bukanlah sesempurna yang disangka, banyak benda buruk/negatif gak (juga) di sini dan untuk pengetahuan semua Japanese ini ramai yang perangai hipokrit. Mereka suka buat baik depan orang tapi belakang pum pam pum pam (mengata).. Tapi, at least mereka ini sentiasa jaga adab tatasusila apabila berdepan orang lain, ikhlas ke tak bagi aku itu lain cerita.

Ketiga, aku tulis coretan ini atas pengalaman mentah aku yang baru setahun lebih di sini, mungkin ada yang salah, ada yang betul, mungkin aku belum ‘masak’ lagi dengan kerenah sebenar masyarakat sini, tapi setakat ini sebagai student itulah semua benda positif yang aku nampak. Wallahualam.

Sedikit coretan luahan perasaan..

Terkadang ada kenalan bertanya nak duk Jepun sampai bila.. Apa plan lepas grad? Nak kerja dekat mana? ‘Baliklah cepat’.. Bila aku jawab tak nak balik Malaysia, nak stay Jepun lama sebab sini best, ramai yang suka menyindir aku ‘lupa daratan’, ‘tak rindu keluarga’, ‘lupa kawan’, ‘bajet dah jadi orang Jepun’, ‘duk negara maju dah tak pandang kampung’ dan lain-lain..

Biarlah aku berterus-terang. Jujur, aku memang tak ada jawapan untuk sindiran-sindiran ini, cuma nak ajak anda berkhayal seketika. Cuba bayangkan apa perasaan anda kalau kehidupan anda hari-hari macam di bawah ini:

  1. Setiap kali anda membeli-belah anda disambut dengan kata-kata ‘selamat datang, terima kasih kerana datang’ berserta senyuman.
  2. Setiap kali sudah membeli-belah walaupun sebiji gula-gula anda dihargai dengan kata-kata ‘terima kasih sila datang lagi’ bermula dari pekerja di kaunter, pengelap lantai, hinggalah tukang buang sampah di luar kedai.
  3. Anda bawa sekeping RM100 ke kedai runcit nak beli aiskrim sebatang, apabila nak bayar anda tak perlu risau kena suruh dengan cashier pergi pecah duit (tukar duit besar kepada duit kecil) dulu di tempat lain atau risau kena buat muka dengan cashier ini sebab menyusahkan dia nak bagi baki. Anda boleh bayar aiskrim yang berharga 50sen tu dengan sekeping RM100, siap bayar dia ucap terima kasih, dan senyum lagi pada anda.
  4. Kalau anda tengah beratur ada urusan atau membeli-belah, anda tak perlu risau langsung barisan kena potong begitu juga semasa tengah beratur jam (trafik sesak) di jalan raya, takkan ada pemandu terencat yang kononnya ‘aku seoranglah yang nak cepat sampai’ pakai line kecemasan untuk potong barisan.
  5. Tiap kali ada orang buat salah sekecil mana sekalipun dia ini akan terus minta maaf dengan badan, kepala sekali ditundukkan walhal kesalahan itu adakalanya kita yang salah.
  6. Pintu rumah anda tak perlu geriji besi, tak perlu kunci, apatah lagi CCTV, anda boleh tinggalkan harta karun emas berselerak di ruang tamu/ bilik sepanjang tahun sambil bercuti ke Europe sebulan, dua bulan atau setahun tanpa perlu risau hilang dicuri rumah masuk penyamun.
  7. Tiap kali anda berjanji dengan orang sekeliling anda tak perlu kalkulator nak congak waktu nak sampai samada lewat sejam, atau sejam selepas waktu yang dijanjikan itu sebab partner anda memang akan sampai sharp on time/punctual dengan kadar kelewatan serendah 0.000001 saat.
  8. Anda tak perlu fikir pasal masa tiap kali nak travel or keluar dating dengan awek kalau naik public transport sebab transport memang akan punctual dengan jadual masa.
  9. Anda boleh sampai ke seluruh pelusuk hujung tanah mana sekalipun dengan hanya naik train.
  10. Anda nak buang sampah tapi tong sampah tak ada, sampah keliling pun tak ada, jadi anda akan rasa segan nak buang sampah merata dan secara automatik persekitaran anda akan bersih dan terjaga.
  11. Di jalan raya, time anda tengah drive tiap kali ada kereta dari jalan lain nak masuk depan dan apabila anda bagi laluan driver itu beri lampu emergency sepintas lalu dan tak pernah hiraukan budi baik anda (signal terima kasih)
  12. Tiap kali anda di satu simpang nak keluar jalan lain, anda tak perlu rush nak tekan pedal minyak nak cepat sebab kejap je akan ada kereta yang bagi anda masuk line (jalan ) tanda masyarakat keliling anda yang prihatin dan suka mengalah.
  13. Anda masuk tandas awam mana-mana pun bersih, kadang-kadang bersih sangat sampai anda was-was itu tandas atau surau?
  14. Tiap kali mengidam nak beli sesuatu, anda boleh goyang kaki dalam bilik, boleh beli/bid hampir kesemua barang secara online tanpa perlu risau dikencing scammer/penipu/penyangak, dan barang yang dipesan akan sampai terus di rumah sehari atau dua hari selepas pembayaran.
  15. Anda tak perlu pergi ke banyak tempat nak bayar bil-bil rumah, insurans kereta, nak beli tiket bas, tiket jet nak pergi umrah ke, nak post barang, cukuplah sekali ke convenient store, kedai serbaneka je (contoh : 7eleven, KK) semua boleh settle di situ.
  16. Anda boleh chill wat lek wat pis je (bertenang) kalau ada barang berharga (wallet etc) tercicir, tak perlu gelabah sangat sebab chance anda nak jumpa balik di tempat terjatuh/balai polis itu tinggi.
  17. Anda boleh pegang duit banyak-banyak dalam wallet, pakai dan bawa gajet-gajet atau perhiasan mahal dengan slumber je ke sana sini tanpa risau disamun.
  18. Anda boleh keluar jalan seorang diri di tengah malam buta nak tenangkan fikiran time putus cinta ke tanpa fikir panjang soal keselamatan yakni risau dengan penjenayah perompak pembunuh perogol mahupun peliwat.
  19. Anda bebas buat apa saja aktiviti/benda pelik di tempat awam tanpa risau aksi anda dirakam orang lain dan diviralkan di FB (Facebook) kerana masyarakat sekeliling anda bukan keyboard warrior dan memang jenis tak hiraukan orang lain.
  20. Bagi yang biker and ada helmet mahal-mahal macam Shoei, Arai, Barai ke anda tak perlu susah-susah angkut ke sana sini helmet itu kerana takut hilang dicuri. Letak sahaja di motor, kemudian tinggallah berapa puluh tahun sekalipun nescaya takkan berganjak dari tempat asal itu.
  21. Anda tak perlu risau terkena darah tinggi sebab tekanan perasaan ketika main game online sebab internet sangat laju selaju-laju-laju-lajunyee selaju jet snek Apollo tak kira celah semak mana anda duduk.
  22. Anda juga tak perlu risau kena darah tinggi sebab tertekan tengok gelagat menteri anda sebab mereka memang hati bersih bagai air yang jernih di dalam bekas yang berdebu zahirnya kotoran itu terlihat kesucian yang terlindung jua… Eh ni lagu !
  23. Anda bebas berselfie tanpa dikecam………….. hmm.
  24. Akhir sekali, bayangkan anda dapat jadi orang paling power Bahasa Inggeris walaupun English SPM anda dulu fail teruk E+, beza nasi dengan nation pun tak tahu, tapi anda lah orang yang paling power sekali (di Jepun). Fuh! perasaan ini yang paling win.

Itu baru sikit, nak bagi semua situasi memang takkan habis nak ditulis. Pernah ada yang kata pada aku: orang Malaysia yang tak nak balik dan memilih nak duduk lama tempat orang ini mereka dah lupakan negara sendiri, atau alasan lain yang masuk akal sikit sebab nak menikmati keseronokan 4 musim.

Sebenarnya pada aku bukanlah benda itu yang buat kami perantau-perantau ini tak nak balik ke tanah air, tapi segala-galanya (mengenai) soal keamanan, kesejahteraan dan kesenangan dalam meneruskan kehidupan seharian. Kalau di Malaysia sekarang situasi sangat tenat especially politik, ekonomi, jenayah. Tak hairanlah mereka ini nak kena halau dulu, baru pandai nak balik.

Aku kalau diberi pilihan aku pilih untuk stay selama yang boleh di negara matahari terbit ini bukan sebab aku tak rindukan Malaysia, bukan sebab tak rindukan keluarga, bukan sebab lupakan member, tapi sebab hidup di Malaysia tanah air sendiri sekarang ini ibarat warga asing yang dianaktirikan kerajaan, sangat membebankan, bermacam masalah.

Pun begitu, aku terpaksa balik juga tahun depan. Malaysia pada aku walaupun tanpa 4 musim, kalau kehidupannya seharmoni waktu kecilku dulu, pemimpinnya yang sepandai Tun Mahathir memerintah dulu, pastinya lagi indah didiami berbanding Jepun tanah yang aku pijak sekarang ini!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram