Aku suka sangat bersenam atau jogging waktu pagi, kebiasanya dari jam 7.45 pagi sehingga jam 9.00 pagi. Memang best waktu pagi jogging dan sekarang Alhamdulillah dipermudahkan urusan bila bergelar “kau lah boh kau lah kuli” adalah masa untuk saya bersenam di waktu pagi. Tapi kenapa aku pilih waktu pagi bukan siang atau malam? Ini sebabnya aku suka jogging waktu pagi.

Ini Sebabnya Aku Suka Jogging Waktu Pagi

1.Sumber Vitamin D Percuma

Dah tak perlu nak beli atau dapatkan kat mana-mana farmasi, jogging waktu pagi aje, aku dah dapat vitamin D percuma ya no payment langsung. Sebab itulah aku suka sangat jogging waktu pagi, walau sibuk macam mana sekalipun aku mesti wajib jogging kalau tak hari ku terasa tidak begitu ceria kalau tak jogging. Bila kena panahan matahari pagi ini peluh tu lain rasanya dan badan akan rasa sangat segar. Cubalah nanti hari minggu ajak kawan-kawan kalau yang bujang, dan bawa anak-anak dan isteri suami jogging waktu pagi. Jangan nak bermalasan selepas subuh tu nak tidur lak. Nak sihat kan? Buat dan amalkan, benda ini tak datang bergolek depan mata.

2. Tenaga Yang Sangat Positif

Bila turun jogging ini aliran tenaga tu memang akan rasa lain, pemikiran yang rasa kau tak boleh buat insyaAllah dengan izinNya pasti boleh buat. Kata orang badan cergas otak pun akan berpusing cergas juga, takdalah lembap aje tak aktif. Suasana pagi itu sendiri bagaikan satu aliran tenaga positif untuk aku, selepas solat subuh aje takkan aku nak lelapkan mata , tunggu matahari ada aje aku akan turun jogging , jadikan ini sebagai satu rutin harian yang wajib kena buat. Aku percaya ‘apa aktiviti pagi yang kita buat akan pengaruhi aktiviti kita sepanjang hari’ so don’t be lazy girls and boys. Walaupun bekerja masih ada juga masa untuk bersenam, find your own time no excuses.

3. Peluh Pagi Memang Awesome

Ada orang tanya aku , apa beza peluh pagi dan peluh petang, sama aje kan peluh juga. Ini nak cerita sikit peluh pagi ini dari segi feel tu memang agak lain sebab suasana dan persekitaran sangat mainkan peranan. Peluh pagi dengan angin bayu sepoi sepoi bahasa, dengan udara yang masih lagi fresh semua faktor ini sangat mainkan peranan, bila peluh jantan menitik dari dahi tu perghh feeling dia memang best, orang yang pernah jogging aje tahu feeling n , so kalau nak dapatkan feeling macam aku tu apa kata cergaskan diri cari masa jogging lah di waktu pagi, Sabtu Ahad kan ado takkan tu pun nak jadi pemalas.

4. Eratkan Silaturahim

Aik apa kaitan jogging atau senaman pagi ini dapat eratkan silaturahim. Ini alkisahnya kawasan yang aku jogging ini namanya Taman Tar Ampang, sini ada track jogging yang melalui kawasan bukit dan hutan yang masih lagi baik. Waktu pagi majoriti yang jogging adalah makcik pakcik auntie uncle yang sudah bersara, nak lihat anak muda jarang sekali tahu ajerla masa ini kan waktu bekerja. Ini masa terbaik untuk aku bagi salam ataupun ucapkan very simple good morning kepada uncle dan auntie. Biasanya kalau pakcik makcik yang aku dapat kenalpasti orang Muslim aku cakap “Assalamualaikum pakcik” ataupun kalau auntie uncle aku cakap “Good Morning”. Biasanya dorang akan reply atau balas dengan benda yang sama. Walaupun mereka ini aku tak kenal, aku stay say salam untuk mereka, lama kelamaaan terjalinlah silaturahim dan aku mula bertegur sapa. Indahkan aturan dariNya, jogging aje pun dapat eratkan silaturahim.

5. Dapat Kawan Baru

Ini kalau aku tengok geng yang sama baya ker, biasa aku akan tegur dan follow geng ini jogging sama-sama. Bila ada geng best sebab tak terasa sangat macam jogging, aku pun takdalah jogging nak masuk marathon ke atau nak masuk larian Olimpik , aku jogging santai-santai sahaja ikut kemampuan diri yang agak nak masuk tahap veteran ini. Kadang-kadang kawan baru ini lebih kurang sama level sahaja dengan aku, yang jogging santai-santai, sambil borak sambil bakar lemak sedar-sedar dah 6km habis lencun dah rasa dibasahi peluh. Ini cadanganlah sikit kalau nak bersenam atau jogging ajaklah kawan-kawan yang sealiran baru best dan kita akan lebih enjoy nak buat.

6. Rezeki Pun Dapat Tau

Sambil borak dengan pakcik makcik ini ada ramai juga akan tanya, anak ini tak kerja ke boleh jogging hari-hari (ini ikut mood ya so far istiqamah lagi hari-hari jogging)?

Aku biasalah akan jawab, “Kerja kat rumah aje makcik niaga kecil-kecilan”

Makcik: Niaga apa dik? (Terasa kemudaan aku dipanggil adik).

Aku: Jual Gel Amani aje acik untuk sakit lutut dan sendi.

See bila dah tanya tu aku pandailah close sales nanti sebab kebanyakan yang jogging pesara ini majoriti sakit lutut. Ini namanya rezeki berpagi-pagian. Peluh bakar rezeki pun dapat. Alhamdulillah.

7. Minda Cergas Lemak Terbakar

Ini pengalaman aku kongsikan dulu aku sangatlah pemalas nak jogging waktu pagi ini, bukan apa dah bangun selepas subuh mesti akan lena balik sebab dalam otak fikir , “Aku dah tak perlu nak punch card” . Ini insuran paling besar aku bagi pada diri sendiri, bermalasan. Tapi kesannya otak aku memang akan jadi sangat tepu dan sangat malas nak buat apa-apa. Nak menulis lagilah terasa malas, ada idea tapi tulis sikit aje dah berhenti, stuck atau tersangkut macam itu sahaja.

Semenjak aku dah bermula jogging waktu pagi ini memang terasa sangat kelainan, otak nak kata idea tu mencurah-curah juga dan aku dapat fokus pada apa yang aku nak buat. Lemak off course lah terbakar kan dan masa pagi ini metabolisme badan tinggi dan memudahkan kerja membakar lemak degil yang dah 30 tahun aku simpan. So lemak aku relakan kau pergi, kau pergilah lemak kepada sesiapa yang pemalas.. Aku ceraikan kau lemak talak tiga no cina buta ya..

8. Tidur Malam Yang Lena

Dulu aku jenis yang agak susah nak tidur malam, mesti nak layan cerita entah apa-apa semata-mata nak kasi mata lelap. Alhamdulillah semenjak aku jogging pagi ini aku dapat rasa jam 11 malam sahaja mata dah mulu kuyu dan pastinya akan sangat lena. Malam waktu untuk badan berehat dan pagi bila bangun sangat segar badan dan takda nak bermalasan untuk Solat Subuh. Aku ada borak juga dengan seorang uncle India umur 53 tahun (geng jogging), dulu dia jenis yang ada masalah kesihatan kencing manis dan darah tinggi dan sangat sukar tidur malam. Tapi semenjak jogging pagi selama 1 jam setiap hari masalah kesihatan itu sudah dapat dikawal dan malam sangat lena tidur, dan bila dia tak dapat nak jogging pagi aje badan dah rasa lain macam. It’s real story real people, orang lain boleh takkan kita tak boleh. Betul tak?

Rasanya itu sahaja yang aku nak kongsikan pasal ini sebabnya aku suka jogging waktu pagi. Moga dapat dijadikan sumber inspirasi untuk lebih aktifkan dan cergaskan diri. Bawalah bersama ahli keluarga dan sahabat handai, bila sihat cergas insyaAllah banyak manfaat lain akan dapat.

Anda boleh mengikuti lebih banyak tip menguruskan badan secara percuma di blog Tengku Asmadi.