Sebelum ini banyak kisah-kisah perkongsian di media sosial tentang individu yang suka beri makan kepada haiwan jalanan. Ini menunjukkan bahawa masih ada individu yang mempunyai rasa sayang terhadap haiwan jalanan ini dan menganggap haiwan tersebut sebagai makhluk Tuhan yang patut disayangi.
Baru-baru ini seorang pengguna media sosial @missrushdi berkongsi di Twitter miliknya mengenai pengalamannya bertemu dengan seorang lelaki tua yang memberi makan kepada kucing-kucing jalanan.
Beliau turut berkongsi video-video yang sempat diambil yang menunjukkan kucing-kucing jalanan tersebut begitu jinak dengan seorang lelaki tua ini. Malah, haiwan-haiwan ini akan lari jika dipegang oleh orang lain.
Today i worked at this one place, there got soooo many cats tapi semua penakut. I datang dekat, they all lari. But then, came this uncle with his motor, semua cats lari datang kat dia!!! SO MANY OK, iโm so jealous!!! They ikut je the uncle. #KitaPowerrr pic.twitter.com/iOu8Vj4fkn
— ๐๐๐ฎฬ ๐ฆ (@missrushdi) September 7, 2019
Dalam perkongsian tersebut, anda dapat lihat keletah kucing-kucing ini yang mengikut kemana sahaja lelaki tua ini pergi. Menurut Tweet tersebut, lelaki tua ini telah mula memberi makan kepada haiwan terbiar di sini sejak beberapa tahun lalu. Apabila dengar sahaja bunyi motornya, kucing-kucing ini akan berkumpul di tempat biasa bagaikan sudah tahu kehadiran lelaki tua ini dalam perjalanan ke tempat tersebut.
I swear this uncle is a catsโ whisperer!!! He can pegang the cats macam tu je but when i try nak pegang, everyone lari. So apparently heโs been feeding those cats for years. Sampai kucing ni semua kenal bunyi motor dia. How magical. #KitaPowerrr pic.twitter.com/zfeyd8W8rg
— ๐๐๐ฎฬ ๐ฆ (@missrushdi) September 7, 2019
Mungkin anda boleh mencontohi sikap terpuji lelaki tua ini memberi makan kepada haiwan-haiwan yang anda jumpa di tepi jalan selepas ini. Dibawah kami kongsikan artikel menarik mengenai kucing yang boleh anda baca.
Kajian Mendapati Kucing Lebih Suka Lepak Bersama Manusia Daripada Makan
Kucing Ini Bakal Mewarisi Harta Karl Lagerfeld Bernilai RM796 Juta
- SUMBER
- missrushdi