Semalam berlangsungnya perlawanan yang ‘panas’ antara Malaysia dan Indonesia untuk kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Dalam perlawanan yang penuh debaran semalam, Malaysia menang dengan jaringan 3-2 dan lebih manis, kemenangan tersebut berlaku di stadium keramat Gelora Bung Karno.

huawei-y9-prime-featured-1
HYPE
Dapatkan HUAWEI Y9 Prime 2019 Dengan Mudah Dan Percuma
Baca lagi →

Disebalik kekecohan yang berlaku sepanjang perlawanan berlangsung, packaging minuman yang cantik ini juga mendapat perhatian ramai. Menurut pengguna Twitter bernama Arif Billah, ada sebab utama mengapa mereka menggunakan bekas ini untuk menjual air di stadium.

Packaging air di sana semua begini, dalam plastik begini termasuklah air mineral. Sebabnya? Kerana mereka tahu kelakuan penyokong Indonesia yg suka membaling air ke arah fans lawan dan padang. Plastik sebegini tidak akan mendatangkan kecederaan berbanding botol mineral atau tin,” kata Arif.

Untuk pilihan makanan, ianya tidak banyak berbeza dengan di Malaysia; burger kosong sejuk yang hanya ada sos. “Yang jadi menarik tentang burger ini adalah gadis-gadis cantik persis pelakon sinetron yang akan menjual. Jadi, memang laku walaupun tak sedap,” kata Arif lagi.

Arif adalah antara penyokong Harimau Malaya yang pergi ke Indonesia menyaksikan perlawanan semalam. Beliau sudah pun selamat tiba di Malaysia dan turut rasa bersyukur kerana dapat menonton secara live perlawanan yang penuh debaran semalam.

Ini pula antara kejadian yang berlaku sebelum perlawanan antara Indonesia dan Malaysia semalam yang mendapat perhatian netizen semalam.

Balingan Batu Hujani Ketibaan Penyokong Malaysia Di Stadium Gelora Bung Karno

Pihak Keselamatan GBK Gagal, Jaminan PSSI Tidak Boleh Digunapakai

Hati Saya Lebih Sakit Melihat Kekecohan Penyokong – Andritany Ardhiyasa

Anda Mungkin Suka