Jika sebelum ini ada pawagam patuh syariah di Terengganu, kini Kelantan pula bakal membina sebuah pusat akuatik patuh syariah dalam masa terdekat sebagai persediaan menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan Malaysia (Sukma) kali ke-22.

Menurut laporan, Sukma yang dijadualkan berlangsung pada 2026 dan kerajaan negeri telah memperuntukkan lebih RM20 juta untuk pembinaan pusat akuatik itu. Difahamkan, pembinaan pusat akuatik tersebut akan dilakukan di Islamic City Centre, Tiong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan badan bukan kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat.
Sumber: Utusan

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata pembinaan kompleks renang itu akan mengikut spesifikasi untuk acara renang yang melibatkan pelbagai kategori.

Malah, ia akan digunakan untuk lelaki dan wanita mengikut jadual dengan mematuhi syariah. Tambahnya, Kelantan menyasarkan pingat emas bagi acara renang pada temasya sukan itu dengan mempertaruhkan 20 atlet muda (10 lelaki dan 10 wanita) dari Akademi As-Sibahah.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Pembinaan Sudah 80% Siap, Netizen Teruja Mahu Panjat 250 Anak Tangga Di Putrajaya Steps

Pengemis Di Lampu Isyarat Makin Ramai, Pendedahan Lelaki Ini Buka Mata Netizen

Berderai Air Mata, Loca B Terkilan Anak Masih Belum Dapat Kewarganegaraan Malaysia