Perarakan secara besar-besaran membawa 22 mumia kerajaan Mesir kuno dalam kapsul khas di ibu negara Kaherah ke muzium baru pada hari Sabtu yang lalu telah menimbulkan rasa seram dan takjub para orang ramai. Konvoi panjang itu telah membawa 18 raja dan empat ratu yang kebanyakannya berasal dari Kerajaan Baru Mesir Kuno.

Perarakan berlangsung dari Muzium Mesir di Tahrir Square di tengah Kaherah ke Muzium Nasional Tamadun Mesir di Fustat, kira-kira 5 km ke tenggara. Pihak berkuasa telah bertindak menutup sepanjang jalan di sekitar Sungai Nil untuk upacara yang gah ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Sebanyak 22 buah keranda berisi mumia (Firaun) yang pernah memerintah kerajaan Mesir kuno. Ada juga dikalangan firaun itu yang dilaknat oleh Allah seperti Ramsis II yang ditelan oleh Laut Merah kerana mengejar Nabi Allah Musa. Sebenarnya Mumia yang ada dalam muzium Tahrir tu banyak bukan hanya yang berarak. Tapi disebabkan yang berarak tu yang terkenal dan merupakan Pemerintah Mesir (Raja) suatu ketika dahulu itu yang lain macam gahnya [perarakan] dia,” kata Budak Kairo dalam ciapannya.

Difahamkan, konvoi berskala besar ini dirancang untuk membangkitkan minat terhadap koleksi barang antik Mesir yang kaya dengan sejarah dan budaya. Ini juga adalah salah satu jalan oleh kerajaan Egypt untuk menarik minat pelancong hadir ke berkunjung ke muzium setelah wabak COVID-19 memberi kesan yang besar kepada sektor pelancongan di sana.

Ketika para mumuia diraja ini tiba di muzim, kedengaran bunyai meriam dilepaskan sebanyak 21 kali sebagai tanda rasmi bahawa mumia diraja ini sudah tiba dan sebagai salah satu simbol penghormatan. Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi juga kelihatan berdiri ketika mumia itu diarak dalam sebuah kenderaan yang dihiasi dengan motif emas dari zaman firaun. Selain itu, ketua-ketua Pertubuhan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu UNESCO dan Pertubuhan Pelancongan Dunia turut hadir dalam upacara tersebut.

Ahli arkeologi Mesir, Zahi Hawass mengatakan, setiap mumia telah dimasukkan ke dalam kapsul khas yang diisi dengan nitrogen untuk memastikan perlindungan. Mereka diangkut dengan kenderaan yang dirancang untuk membawanya dan memberikan kestabilan ketika bergerak dari Muzium Mesir di Tahrir Square di tengah Kaherah ke Muzium Nasional Tamadun Mesir di Fustat.

“Kami memilih Muzium Peradaban kerana kami ingin, untuk pertama kalinya, mempersembahkan mumia dengan cara yang beradab, berpendidikan, dan bukan untuk hiburan seperti Muzium Mesir,” kata Hawass, dipetik oleh Reuters.

Ahli arkeologi menemui mumia ini dalam dua kumpulan di kompleks kuil mayat Deir Al Bahari di Luxor dan di Lembah Raja yang berdekatan dari tahun 1871. Mumia tertua adalah Seqenenre Tao, raja terakhir Dinasti ke-17, yang memerintah pada abad ke-16 SM dan dianggap telah mengalami kematian yang ganas. Perbarisan itu juga menampilkan mumi Ramses II, Seti I, dan Ahmose-Nefertari.

“Dengan melakukan seperti ini, dengan keagungan dan keadaannya yang luar biasa, mumia mendapat haknya. Ini adalah raja-raja Mesir, ini adalah firaun. Jadi ini adalah cara untuk menunjukkan rasa hormat,” kata ahli Mesir di Universiti Amerika di Kaherah, Salima Ikram.

Kepala patung firaun yang dicuri telah dilelong dengan harga RM20 juta. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kepala Patung Firaun Yang ‘Dicuri’ Telah Dilelong Dengan Harga RM20 Juta

Patung Firaun Ramses II Berusia Lebih 3000 Tahun Dijumpai Tertanam Di Kawasan Setinggan Cairo