Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tidak dapat dinafikan, penularan wabak pandemik COVID-19 memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat. Malah, banyak perniagaan terpaksa ‘gulung tikar’ dan peniaga-peniaga kecil turut tidak terkecuali terkesan.

SmartHeart merupakan antara pembekal makanan kucing terbesar di Malaysia. Sebagai tanda sokongan kepada peniaga-peniaga kecil jalanan, SmartHeart telah mengagihkan parasol SmartHeart untuk membantu para peniaga kecil berteduh dan menerima pelanggan walaupun keadaan cuaca ‘kurang mengizinkan’.

photo_2021-01-05_23-38-45

photo_2021-01-05_23-38-51

Bagi memastikan Si Comel anda sentiasa gembira dan sihat, anda haruslah berikan makanan berkhasiat. Sebut sahaja makanan berkhasiat, Smartheart merupakan rangkaian makanan kucing  yang mempunyai pelbagai manfaat.

Mempunyai pelbagai seleksi makanan kucing SmartHeart iaitu SmartHeart Cat Functional, SmartHeart Dry Food, SmartHeart Wet Food dan SmartHeart Cat Lick. Jom ketahui lebih lanjut akan makanan kucing SmartHeart ini!

image-2

image

1. Makanan Kering SmartHeart

SHC Product Line Up

Setiap produk makanan kering SmartHeart ini didatangkan khusus untuk memberikan kebaikan dalam setiap makanan yang dihasilkan. Memiliki 6 pilihan kebaikan khusus untuk Ibu dan anak Kucing, Anak Kucing, Penjagaan kulit & Bulu, Pengawalan Bebola Bulu, Kucing Dimandulkan dan Kucing Dewasa.

Selain daripada enam makanan kering SmartHeart yang ditawarkan melalui rangkaian Special Care Formula, SmartHeart juga turut menawarkan enam pilihan makanan berperisa buat Si Comel anda. Antara perisa yang ditawarkan ialah SmartHeart Chicken & Tuna, SmartHeart Seafood, SmartHeart Salmon, SmartHeart Tuna & Shrimp, SmartHeart Mackerel dan SmartHeart Chicken & Whitefish.

2. Makanan Basah SmartHeart

SHC Cat Canned

Bagi produk makanan basah SmartHeart, ia hadir dalam bentuk pouch dan juga dalam tin. Lengkap dengan nutrisi yang seimbang, semestinya makanan basah SmartHeart menjadi pilihan ramai.

Anda yang sering ‘travel’ dan mahu menjimatkan masa boleh beli makanan basah dalam bentuk pouch kerana mudah untuk dibuka dan ringan. Manakala, makanan basah dalam tin sesuai untuk simpan di rumah. Hadir dengan dua seleksi perisa, iaitu rasa ikan dan ayam asli pasti membuatkan Si Comel berebut untuk nikmati ia.

3. SmartHeart Cat Lick

SHC Cat Lick

Tahukah anda bahawa cara terbaik untuk mengeratkan hubungan dengan Si Comel anda adalah dengan berikan SmartHeart Cat Lick. Mudah sahaja, hanya perlu potong, picit dan hidang!

SmartHeart Cat Lick kaya dengan khasiat untuk mencantikkan kulit, mencegah plak, penjagaan sendi dan prebiotik. SmartHeart Cat Lick hadir dengan 5 pilihan perasa iaitu ayam, salmon, sotong, tuna dan ayam dengan susu kambing.

Rugi jika anda tidak berikan makanan berkhasiat kepada Si Comel anda. Makanan kucing SmartHeart menawarkan pelbagai jenis makanan untuk Si Comel anda dalam bentuk makanan kering, basah dan snek yang sedap pasti membangkitkan selera Si Comel.

Kini, anda tidak perlu susah-susah ke kedai kerana anda boleh dapatkan di Shopee, Lazada dan juga laman sesawang SmartHeart. Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk SmartHeart, anda boleh layari laman sesawang SmartHeart atau terjah sahaja ke Facebook SmartHeart. Tunggu apa lagi? Jom beli produk-produk SmartHeart ini disini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Si Comel yang pemilik kucing perlu tahu pada pautan di bawah ini.

Ini Tip Hilangkan ‘Stress’ Dan Buat Si Comel Gembira Yang Pemilik Kucing Wajib Tahu

Mudah Dan Berkesan, Ini Tip Untuk Anda Mengeratkan Hubungan Dengan Si Comel