Kita masih belum menang walaupun kes penularan wabak COVID-19 di negara kita kelihatan sudah terkawal. Pastinya jasa petugas barisan hadapan kita tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

Menerusi laporan Harian Metro, Shuib Sepahtu telah tawarkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah untuk menaja beliau sebuah percutian dalam negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tawaran tersebut dibuat secara spontan oleh Shuib ketika sesi dialog bersama media dalam menangani wabak pandemik COVID-19 hari ini. Difahamkan, Shuib ingin tawarkan penjaan itu sebagai tanda terima kasih kepada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang memimpin barisan hadapan untuk mengawal penularan wabak pandemik COVID-19.

Walau bagaimanapun, Dr Noor Hisham memberitahu bahawa dirinya lebih selesa untuk berehat di rumah selepas penat bekerja. Malah, beliau lebih pilih untuk menghabiskan masa di rumah daripada pergi berjalan sana ke mari.

Tambahnya, bukan sahaja beliau penat tetapi semua barisan hadapan berasa penat kerana sudah bekerja tujuh bulan tanpa henti bagi membendung penularan wabak. Akan tetapi, peningkatan kes baharu kini membuatkan pihaknya bimbang dan perlukan pasukannya bekerja keras semula.

Buat rakyat Malaysia, pastikan anda sentiasa mengamalkan langkah berjaga-jaga dan amalkan penjarakkan sosial. #Kitajagakita

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan perkembangan penularan wabak COVID-19 pada pautan di bawah ini.

Langgar Kuarantin, Wanita Yang Makan Di Kedai Ini Disahkan Positif COVID-19

Gara-Gara Minta Pakai Pelitup Muka, Pekerja Kedai Makan Di Kuching Kena Tampar Dengan Pelanggan

‘Ingatkan Lelaki’-Dua Wanita Ini Didakwa Suspek Kes Conteng Mural Pemimpin Negara

Sumber