Sekiranya anda mendapatkan smartphone yang ditawarkan dengan harga melebihi RM5,000, sudah pastinya penanwaran pengalman pengguna yang sempurna antara yang diharapkan. Walaubagaimanapun, perkara yang sebaliknya berlaku buat model Apple iPhone X.

Berdasarkan laporan daripada Financial Times, sebahagian pengguna Apple iPhone X telah mengalami masalah menjawab panggilaan telefon yang diterima. Dikatakan para pengguna perlu menunggu sehingga 10 saat selepas iPhone X mereka berdering sebelum berjaya menjawab panggilan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

apple-iphone-x-31-1500×1000

Perkara ini sekaligus membuatkan mereka sering terlepas panggilan berikutan bug daripada model ini. Setakat ini Apple telah mula mengenalpasti masalah yang berlaku dan komited untuk menyelesaikannya dalam masa terdekat.

Diharap Apple dapat menawarkan solusi terbaik untuk menyelesaikan masalah ini memandangkan menjawab panggilan merupakan perkara asas dalam sesebuah telefon.