Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setelah membuat pengumuman semua cawangan di Lembah Klang ditutup sehingga diberitahu kelak ekoran kejadian banjir melanda di cawangan Shah Alam Seksyen 13 semalam, Giant memaklumkan sebahagian cawangan di Selangor dan Lembah Klang kembali beroperasi seperti biasa bermula hari ini.

Pasar raya besar Giant di Bandar Kinrara, Klang Sentral, Kota Kemuning dan Stadium Shah Alam merupakan empat cawangan yang ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak melalui laman sosial Facebook rasmi mereka.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Menurut pihak pengurusan Giant, kesejahteraan dan keselamatan semua ahli pasukan dan pelanggan menjadi keutamaan mereka dan berharap agar semua pihak kekal selamat dan berwaspada dengan keadaan semasa.

Tambah Giant lagi, mereka mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang ramai dan kesal atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Pada lewat petang semalam Giant telah membuat kenyataan rasmi bahawa kesemua cawangannya di Lembah Klang dan Selangor ditutup sementara waktu ekoran bencana banjir yang sedang melanda negara ketika ini.

Bermula di Malaysia, kini MR.DIY telah melebarkan sayap ke pasaran Eropah dengan membuka cawangan pertama di Turki. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

MR DIY Lebarkan Sayap Ke Pasaran Eropah, Cawangan Pertama Di Istanbul Kini Dibuka

Eco-Shop Umum Terpaksa Naik Harga Barang Disebabkan Kos Yang Semakin Meningkat

40 Cawangan Starbucks Bakal Dibuka Termasuk Di Perlis Menjelang Jun 2022