Sebuah situasi gempar telah berlaku dalam negara apabila dilaporkan sejumlah besar kawasan di Malaysia termasuk Lembah Klang dan Utara Malaysia mengalami gangguan bekalan elektrik. Situasi yang berlaku nyata membuatkan orang ramai tertanya-tanya dan panik dengan kejadian yang berlaku.

Menerusi laporan terbaru daripada Facebook TNB Careline, pihak mereka memamklumkan bahawa terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan. Pasukan teknikal TNG sedang giat mencari punca gangguan elektrik manakala usaha baik pulih sedang giat dijalankan.

Perkongsian TNB Careline yang dilakukan hampir sekitar 24 minit lalu setakat artikel ditulis ini sudah meraih lebih 2,000 shares di kalangan netizen yang tertanya-tanya isu yang berlaku.

Sementara itu, isu kritikal yang berlaku di sebahagian besar Lembah Klang ini dilaporkan turut melibatkan bangunan seperti Mahkamah Duta dan HUKM terputus bekalan elektrik. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu yang berlaku.

Diharap isu melibatkan gangguan elektrik ini dapat segera dibaik pulih dalam memberi kelegaan kepada orang ramai sekaligus membolehkan industri daripada pelbagai sektor dapat berjalan seperti sedia kala.

Tular pada minggu ini apabila CEO BubbleBee ini menunjukkan ‘hasil’ tembok rumah yang tidak kukuh serta mudah dijatuhkan hasil kerja pemaju.

‘Tolak Sebelah Tangan Pun Jatuh’ – CEO BubbleBee Ini Dedahkan ‘Kualiti’ Tembok Rumah Yang Dibangunkan

Pandu Lamborghini Dan Tidak Berkira, Siapa Sebenarnya ‘Sultan Pemurah’ Di TikTok?