Seperti semua sedia maklum, awal bulan lalu, Media Prima yang memiliki New Straits Times Press dan beberapa saluran televisyen, mengumumkan akan mengurangkan pekerja yang pastinya menjejaskan ribuan orang.

Hari ini, seramai 543 pekerja syarikat The New Straits Times Press Malaysia (NSTP) akan dikurangkan selepas 12 Mac depan, susulan pelan rasionalisasi tenaga kerja yang dilaksanakan syarikat induknya, Media Prima Bhd.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keputusan ini melibatkan wartawan dan jurugambar akhbar Berita Harian, Harian Metro serta New Straits Times (NST) yang akan menerima surat pada hari ini.

Sumber: MSN. com

Ahli Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) juga terlibat dalam pemberhentian tersebut iaitu seramai 193 orang dan ini menjadikan hanya 143 ahli yang kekal daripada keseluruhannya, seramai 336 orang.

Menurut Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) NSTP, Farah Marshita Abdul Patah, angka tersebut bukanlah satu jumlah yang kecil kerana ramai di antara mereka yang terpaksa berkorban dalam memastikan kelangsungan syarikat.

Tambanya lagi, 14 biro di seluruh negara akan dikurangkan kepada 6 biro sahaja, dengan biro di pantai timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu), utara (Pulau Pinang, Kedah, Ipoh dan Perlis) serta selatan (Johor, Negeri Sembilan dan Melaka) akan digabungkan.

Biro di Shah Alam dan Putrajaya juga akan turut digabungkan, manakala Sabah dan Sarawak dikekalkan.

NUJ NSTP juga berharap ini adalah pemberhentian terakhir yang akan dilakukan syarikat dan tiada lagi pekerja yang terpaksa berkorban.

Sebelum ini, beberapa syarikat media menutup atau mengecilkan operasi mereka yang menyebabkan ribuan orang kehilangan kerja sejak 3 tahun lalu. Diantaranya ialah Utusan Melayu yang telah berhenti operasi pada 9 Oktober lalu kerana menanggung bebanan kewangan.

Ia selepas Utusan Melayu mengumumkan pelepasan 70% pegangan dalam anak syarikatnya, Dilof Sdn Bhd kepada Aurora Mulia Sdn Bhd, pemegang saham utama Media Prima Berhad.

Sebelum ini, Majalah Kreko yang telah bertapak di Malaysia selama 20 tahun turut menghentikan operasi mereka. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Selama 20 Tahun Bertapak di Malaysia, Majalah Kreko Umum Sah Henti Operasi

Utusan Malaysia Dan Kosmo Dijual Kepada Pemegang Saham Media Prima

Utusan Buat Jualan Tutup Gudang, Ulat Buku Wajib Serbu dan Sokong

Sumber