Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setelah lama ‘terkurung’ di rumah, inilah masanya untuk balik kampung atau bercuti apabila kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri pada minggu lalu.

Gara-gara pandemik, ramai yang kehilangan punca pendapatan dan keadaan kewangan tidak membolehkan untuk pulang ke kampung halaman. Menerusi satu hantaran di Instagram, Hafiz Mahamad yang merupakan usahawan dan Instafamous mahu taja tiket bas kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Menerusi perkongsiannya itu, beliau tersentuh hati dan sebak membaca alasan beberapa individu yang mesejnya di Instagram. Oleh itu, Hafiz mahu taja tiket bas dalam 2 hingga 3 bas untuk kegunaan mereka yang ingin pulang ke kampung di Pantai Timur dan Utara.

Malah, Hafiz turut bertanya syarikat bas apa yang boleh beliau hubungi dan jika ada mana-mana syarikat bas yang boleh hubunginya untuk berurusan lebih lanjut. Sebelum ini, Hafiz juga pernah derma kit ujian pantas COVID-19 kepada mereka yang memerlukan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.  

Bawa Keluarga Melancong Naik Helikopter, Perkongsian Hairul Azreen Raih Perhatian Netizen

‘Berniaga Bukannya Mengemis’- Tindakan Baim Wong Marah Pak Cik Tua Raih Pelbagai Reaksi Netizen

‘Tak Bataklah Nak Rentas Negeri’- Rita Rudaini Terkilan Dengan Sikap Netizen Yang Busuk Hati

Anda Mungkin Suka