Instagram seringkali hadir dengan update terbaru buat para pengguna. Sebelum ini Instagram pernah mengeluarkan kemaskini dimana pengguna berpeluang bakal menerima notifikasi sekiranya gambar atau video di Insta Direct mereka menjadi bahan screenshot.

Melalui kemaskini terbaru, pengguna nampaknya perlu lebih berhati-hati ketika melayari Instagram Stories kerana sebarang screenshot yang diambil bakal diketahui pemilik akaun. Alangkah malunya sekiranya pemilik atau crush anda mengetahui mengenai ‘aktiviti’ yang dilakukan anda.

Difahamkan langkah yang dibuat Instagram ini bertujuan bagi menjaga privasi pengguna serta mengelakkan daripada perkongsian pemilik akaun diceroboh.

Screenshot-Notification-Alert_Instagram

Selain itu, Instagram turut membolehkan pengguna melihat last seen pengguna melalui Instagram Direct. Berdasarkan tinjauan awal kami, ramai yang ternyata tidak selesa dengan kemaskini terbaru Instagram ini.

Kami yakin anda bukanlah seorang stalker maka kemaskini terbaru daripada Instagram ini mungkin tidak menjejaskan anda. Dalam pada itu, kami ingin menasihati agar lebih berhati-hati menggunakan Instagram memandangkan kemaskini ini boleh pernah hadir sebelum ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤